Johor paling tinggi kes buang bayi
MELAKA: Johor menjadi negeri paling banyak mencatatkan kes buang bayi, setakat Mei lalu. Timbalan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh,
berkata daripada 65 kes yang direkodkan, 13 kes berlaku di Johor.
“Untuk tahun ini sahaja setakat Mei lalu, Johor menjadi negeri tertinggi kes pembuangan bayi sebanyak 13 kes diikuti Selangor (11) dan Kedah sebanyak lima kes.
“Secara keseluruhannya, sebanyak 65 kes pembuangan bayi dilaporkan dan ini adalah satu angka besar yang perlu dikurangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Harapan Negeri Melaka, di sini hari ini.
Yang hadir sama, EXCO Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar negeri Ginie Lim Siew Lin; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Burhanuddin Bachik dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Md Azhan Samat.
Mengulas lanjut, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut, berkata bermula 2010 hingga 2018, statistik menunjukkan sebanyak 697 kes pembuangan bayi berlaku di seluruh negara,
“Ini adalah satu jumlah yang besar dan daripada 697 kes, 64 peratus atau 446 bayi ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dan ini amat merugikan negara.
“Tempat pembuangan bayi paling banyak adalah di kawasan kediaman diikuti tandas awan dan tempat pembuangan sampah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak terutama keluarga dan masyarakat dapat memberi sokongan kepada remaja yang hamil anak luar nikah dan bukannya meminggirkan mereka.
“Mereka masih muda dan memerlukan sokongan keluarga, komuniti selain pusat kebajikan seperti pusat perlindungan seperti ini yang memberi pengisian agama kepada mereka,” katanya.
Sekolah Harapan di bawah seliaan JAIM mula beroperasi pada 17 September 2010 sebagai pusat perlindungan dan didikan remaja hamil luar nikah yang tidak mendapat perhatian keluarga.
Sejak beroperasi sehingga hari ini, ia memberi perlindungan kepada 370 remaja hamil luar nikah dari seluruh negara dan menyelamatkan 374 bayi dalam tempoh sama.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.