https://critoxium.com/shop/

Terkini

165 pelajar Malaysia di Riau, Jambi akan dibawa pulang

KUALA LUMPUR: Seramai 165 pelajar Malaysia di Riau dan Jambi di Indonesia yang terkesan dengan jerebu akan dibawa pulang ke negara ini dalam masa terdekat.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Farhan Sufyan Borhan, berkata Wisma Putra dengan kerjasama NADMA akan bertindak sebagai penyelaras bagi membolehkan usaha itu dapat diambil secepat mungkin menggunakan pesawat komersial.

“Kita rancang bawa pulang 165 pelajar berkenaan, 141 pelajar Malaysia lagi yang turut berada di daerah itu mempunyai masalah visa. Mereka akan dibawa ke Jakarta untuk diuruskan Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia.

“Kenyataan media akan dikeluarkan NADMA selepas kita memaklumkan perkara ini kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),” katanya kepada BH hari ini.

Terdahulu, NADMA mengadakan mesyuarat bersama Wisma Putra dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung keperluan operasi evakuasi pelajar Malaysia di beberapa daerah di Indonesia yang terkesan dengan jerebu.

Perjumpaan itu berlangsung di ibu pejabat NADMA, Putrajaya pada jam 10.30 pagi tadi.
BERNAMA yang memetik laporan media Indonesia melaporkan, Wilayah Riau diisytiharkan berstatus darurat pencemaran udara berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi 500.

Gabernor Riau, Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula semalam sehingga hujung bulan ini, bergantung kepada keadaan semasa.

Pengarah Pendidikan Malaysia di Indonesia (EMI), Prof Madya Dr Mior Harris Mior Harun, dilaporkan berlepas ke Pekanbaru pagi ini, bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung keadaan pelajar Malaysia di wilayah itu.

Pelajar Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Pekanbaru sudah diarahkan bercuti sejak 13 September lalu. Terdapat seramai 214 pelajar Malaysia di universiti berkenaan.

Universitas Islam Negeri Sultan Thaha Saifuddin di Jambi yang mempunyai 110 pelajar Malaysia juga dilaporkan sudah diarahkan bercuti.

Difahamkan sejumlah pelajar sudah pulang sementara ke Malaysia.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.