Iran: Sengketa Amerika dan isu serangan terbaru
AMERIKA bimbang dengan Iran
1983 Amerika telah mengisytiharkan 7
buah negara yang merupakan markas keganasan, salah satunya ialah Iran.
Pengisytiharan tersebut bertujuan mencetuskan agenda Islamophobia
setelah mereka dapat menghidu kebangkitan Islam pada era 70-an dan
80-an.
Ini kerana pada 1979 berlakunya Revolusi
Iran dan Amerika menjangkakan kebangkitan itu akan merebak ke beberapa
buah negara lagi. Justeru, pengisytiharan 7 negara tersebut (5
daripadanya negara Islam) bertujuan membendung kebangkitan ini.
Selain itu, tindakan pantas yang mereka
lakukan bagi membendung kebangkitan Islam antaranya pada 1983 ialah
Pemetaan Semula Asia Barat (New Middle East) yang diarkitekkan oleh
Bernad Lewis, yang beroperasi hingga ke hari ini.
Permulaan yang berkrisis
Di awal Revolusi Iran berlakunya krisis
penawanan 52 diplomat Amerika Syarikat di Iran pada 1979-1981. Krisis
selama 444 hari ini merupakan permulaan Kerajaan Iran Baru mencabar
Amerika. Tambahan pula Khomeini mengatakan Amerika sebagai "syaitan
besar".
Setelah memikirkan strategi untuk
berhadapan dengan Iran, Amerika cuba mempergunakan Iraq (secara
sementara) untuk cetuskan konflik mazhab dan bangsa. Berlakukan perang
Iraq dan Iran antara 1980 hingga 1988 bertempat di Teluk Persian. Perang
ini diakhiri dengan gencatan senjata hasil campurtangan PBB.
Perang mazhab ini hanya merugikan Ummat
Islam dengan jumlah kematian melebihi 800,000 orang termasuk orang awam
yang tidak bersalah. 1990 dan 1991 Perang Teluk Persia antara geng
Amerika bertembung dengan geng Iraq menyaksikan Iran bersifat neutral
dan membenarkan kapal Iraq melintasi ruang udaranya .
11 September 2001 hingga 2015
Dalam peristiwa 11 September 2001, Iran
bersama Amerika memerangi keganasan. Namun setahun kemudian, Iran, Iraq
dan Korea Utara dikatakan sebagai paksi keganasan yang masih aktif oleh
Amerika. Setelah itu Iran menghentikan bantuannya.
Tahun 2003 Amerika sekali lagi menuduh
Iran terlibat melatih pengganas Iraq untuk membina bom.
Iran
menafikannya. Dalam krisis pemberontakan di Yaman, Iran menyebelahi
pemberontak menentang Arab Saudi yang merupakan rakan Amerika.
Pada 2005 Ahamdi Nejad memerintah Iran membuatkan Amerika tak senang duduk. Lalu mereka menghantar virus untuk merosakkan alat centrifuge milik Iran. Pada 2009 pencalonan semula beliau sebagai Presiden.
Pada 2015, hasil rundingan dengan
Barrack Obama Presiden Amerika bersepakat dalam Perjanjian Nuklear.
Namun pada zaman Donald Trump, beliau memutuskan untuk keluar daripada
perjanjian tersebut, entah apa strateginya.
Konflik yang menguntungkan Iran
Apa yang disenaraikan sebelum ini ialah
kronologi antara Iran dan Amerika sepanjang zaman. Namun, di sana
wujudnya konflik sejak 2015 yang dicetuskan oleh Arab Saudi di Yaman
akhirnya kelihatan makan diri. Dalam konflik ini yang mendapat untung
ialah Rusia dan Iran.
Arab Saudi dikecam kerana ramai rakyat
Yaman mati, berhadapan krisis kebuluran dan lain-lain akibat konflik
ini. Hubungan Saudi dan UAE semakin nampak kepentingan mereka di Yaman
tak sama, dan ia berpotensi menjejaskan hubungan dan kelihatan mula
meretak.
Houthi di Yaman pula secara terbuka
menzahirkan keakrabannya dengan Iran, dan ia mendapat sambutan yang
baik. Bahkan, hasil konflik ini menguntungkan Iran apabila menambah
lokasi geopolitiknya di kawasan Houthi yang agak strategik.
Bahkan sejak konflik 2015, selain Yaman,
Iran dapat menambah lokasi geopolitiknya di Selatan Lubnan, Gaza dan
Syria. Manakala Arab Saudi pula semakin bertambah krisis dengan Yaman,
dan UAE sendiri.
Iran menghantar mesej
Sabtu 14 September 2019 menyaksikan
serangan terhadap dua loji minyak Arab Saudi. Houthi mengaku
bertanggungjawab terhadap serangan itu. Manakala pengumuman Kementerian
Pertahanan Arab Saudi bahawa serangan ke atas loji minyak mereka
dilancarkan oleh Iran.
Perbincangan hangat sedang berlaku.
Amerika dan Arab Saudi macam biasa, mengutuk serangan tersebut dan
menuduh Iran sebagai dalangnya kerana bukti-bukti yang diperolehi.
Manaka Iran pula, macam biasa menafikan serangan itu.
Melihat kepada situasi sekarang, tiada
pihak yang berani nak perang. Cuma berani tunjuk muka di media sahaja,
termasuk Donald Trump yang mengatakan kesediaan untuk bertindak.
Hakikatnya Amerika sedang "keseorangan". UAE tak mahu terlibat, manakala
Arab Saudi mengharap kepada Amerika.
Antara logik kenapa Iran "cari pasal"
dengan Arab Saudi ialah menghantar mesej bahawa sekiranya berperang,
fasiliti minyak Arab Saudi mudah diserang. Apatah lagi mereka ada proksi
bersebelahan Arab Saudi, iaitu di Yaman yang diperolehi hasil konflik
yang dicetuskan oleh Arab Saudi juga. Dengan kelebihan ini, "timing" serangan yang dibuat oleh Iran agak tepat.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.