Peguam negara patut letak jawatan selepas ‘dimalukan’ koroner, kata Pemuda Umno
PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa Tommy Thomas meletak jawatan
selepas koroner mendapati wujud kes prima facie terhadap peguam negara
dalam permohonan menghina mahkamah yang difailkan keluarga anggota
bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Pada 16 Julai lalu, bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid memfailkan permohonan perintah komital (hina mahkamah) terhadap Thomas yang didakwa menghina mahkamah menerusi afidavit difailkan Jabatan Peguam Negara pada 3 April lalu berhubung punca kematian anaknya.
Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu FMT, Thomas perlu meletak jawatan disebabkan penemuan koroner itu.
Beliau memetik sebahagian penghakiman bertulis Koroner, Rofiah Mohamad yang berkata, terdapat kes prima facie terhadap Thomas.
“Hakikat yang mahkamah memerintahkan beliau untuk membela diri (atas
permohonan penghinaan mahkamah itu) dan menyatakan dengan jelas terdapat
kes prima facie terhadapnya adalah memalukan.”
Sementara itu, Asyraf melalui catatan di Facebook berkata, Pemuda Umno meminta Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan jawatan Thomas sebagai peguam negara ditamatkan dengan segera.
Jabatan Peguam Negara sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan koroner yang membenarkan permohonan komital itu.
Ogos lalu, Rofiah dilaporkan berkata, keluarga Adib berjaya membuktikan kes prima facie terhadap peguam negara.
“Inkues ini ialah kes berprofil tinggi dan mendapat liputan meluas media. Jadi, peguam negara perlu diberikan peluang untuk memberi penjelasan,” kata Rofiah.
Dalam penjelasan bertulis terhadap keputusannya ke atas permohonan komital yang dilihat FMT, Rofiah berkata, tidak wajar dan sub judice untuk peguam negara mengambil pendirian terhadap punca kematian Adib yang cuba ditentukan dalam inkues.
Bapa Adib dalam permohonan komital pada Julai lalu mendakwa Thomas menghina mahkamah menerusi satu afidavit oleh Jabatan Peguam Negara yang menyatakan punca kematian anggota bomba itu sebelum koroner membuat keputusan.
Afidavit itu difailkan Jabatan Peguam Negara untuk menyokong satu permohonan bagi menghalang peguam, Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdahulu, mengambil bahagian dalam inkues itu.
Syazlin kemudiannya menarik diri daripada mewakili kementerian itu, tetapi masih mewakili keluarga Adib.
Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lepas.
Dia meninggal dunia pada 17 Disember lalu, 3 minggu selepas dirawat di Institut Jantung Negara.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.