Utusan adalah harta milik parti Umno dan Umno menggunakan
Utusan untuk membelasah Dr Mahathir kaw kaw ketika beliau berusaha
membebaskan Malaysia daripada kleptokrasi.
Pada mulanya saya tidak
mahu mengulas cadangan meminta Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad,
campur tangan menyelamatkan syarikat Utusan Melayu.
Bagi saya, cadangan itu tidak masuk akal dan tidak kena tempatnya.
Saya katakan begitu kerana, pertama Utusan adalah harta keramat milik parti keramat Umno dan kedua, Umno menggunakan akhbar Utusan Malaysia untuk membelasah Dr Mahathir kaw kaw
ketika beliau berusaha membebaskan Malaysia daripada kleptokrat, (Datuk
Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul
Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Ketiga,
adalah dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjamin kebebasan media.
Jadi memohon campur tangan perdana menteri dalam isu dalaman Utusan
adalah bertentangan dengan dasar tersebut.
Bagaimanapun, saya
tergerak untuk mengulas sedikit setelah menerima pesanan WhatsApp (bukan
wassap atau wasap) daripada seorang “anak buah” yang mewakili Kesatuan
Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan.
Saya
membalas: “Umno, Najib dan sidang pengarang Utusan wajib ambil
tanggungjawab. Mereka yang menyebabkan maladi Utusan hari ini. Utusan
hentam Tun kaw kaw.”
Ini adalah amalan zaman
Najib dan Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila media massa arus perdana
terpaksa akur kepada “wahyu” dari Putrajaya.
Sidang
pengarang Utusan dan sesetengah wartawannya bukan sekadar membenarkan
akhbar ikonik itu diperalatkan malah dengan sukarela menerima arahan
dari luar.
Sekarang ada pemimpin NUJ Utusan yang memberitahu saya
bahawa "kerja-kerja penulisan politik adalah atas tindakan bos-bos
pengarang dan mereka ini menerima imbuhan dan bayaran khas."
Kalau itulah keadaannya maka lagilah tidak wajar mengharapkan Dr Mahathir campur tangan menyelamatkan Utusan.
Dari
dulu hingga kini Utusan adalah milik Umno. Malah daripada apa yang saya
dengar, Umno tidak mahu jual Utusan macam ia jual sahamnya dalam Media
Prima Berhad.
Jadi kalau Umno tidak mahu jual, macam mana Dr Mahathir atau mana-mana pihak juga hendak campur tangan membantu Utusan?
Jawabnya
Umno tidak mahu campur tangan luar. Ini diperkukuhkan oleh tindakan
parti itu memberi bantuan modal RM1.6 juta kepada Utusan bulan lalu.
Tak mahu Utusan berkubur
Saya
tahu Dr Mahathir tidak mahu Utusan terkubur. Tetapi selagi Umno
berkeras mengekalkan kawalannya ke atas Utusan, tidak banyak yang boleh
dilakukan oleh sesiapa pun.
Jadi soal kakitangan bawahan Utusan
bersedia untuk bekerjasama dengan “bos pengarang baru” jika Dr Mahathir
sedia membantu, tidak timbul.
Kita pun tidak mengharapkan apa-apa daripada media massa selain bagi mereka bersikap adil, profesional dan berkecuali.
Dr Mahathir tentulah tidak mahu Utusan mati kerana untuk sekian lama Utusan Melayu (jawi) dan Utusan Malaysia adalah akhbar bahasa Melayu pilihan beliau. Bagi bahasa Inggeris beliau membaca New Straits Times.
Kalau tidak silap saya hanya bermula zaman Abdullah beliau berhenti memberi keutamaan kepada Utusan dan NST kerana
dua akhbar itu dan akhbar-akhbar lain juga digunakan secara
terang-terangan untuk membunuh legasi beliau dan memburuk-burukkan
beliau.
Saya pun mempunyai sentimen yang sama. Saya tidak mahu
Utusan terkubur. Sejak kecil saya membaca Utusan Melayu dan kemudian
Utusan Malaysia. Malah saya kerap menulis dalam Utusan Malaysia hatta ketika menjadi pengarang NST.
Mungkin
banyak orang, termasuk pengamal media, tidak tahu bahawa pada zaman
pentadbiran pertama Dr Mahathir lah jualan akhbar mencapai angka
tertinggi.
Pada penghujung pentadbiran beliau tahun 2003, pengedaran Utusan Malaysia mengatasi 320,000 naskhah sehari dan Mingguan Malaysia lebih setengah juta.
Jadi
saya tidak nampak logiknya membabitkan Dr Mahathir dalam sebarang usaha
menyelamatkan Utusan. Hanya Umno boleh menentukan hidup atau mati
Utusan.
Atau boleh jadi juga Umno sebenarnya sudah hilang pegangan
dan kawalan ke atas Utusan tetapi tidak mengakuinya dengan berpura-pura
seolah-olah ia masih memiliki kumpulan media itu.
A KADIR JASIN
ialah bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M)
Bhd. Beliau kini bergiat dalam Bersatu sebagai pimpinan pusat parti itu.
Kadir: Kenapa minta Dr M selamatkan Utusan?
Reviewed by editorreformis
on
September 29, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
1. PRU 14 2018 rakyat telah menolak BN dengan memberi mandat kepada PH membentuk kerajaan. Malangnya mandat tersebut telah dikhianati oleh...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.