Kenapa Umno Tidak Manfaatkan Hishamuddin ?
Oleh Mohd Sayuti Omar
Dalam ghairah mengaturkan kerjasama dengan Pam, Umno sendiri seakan tidak ikhlas atau serius untuk memperkuatkan partinya sendiri. Melihat cara Umno digerakkan kini menampakkan parti itu terpecah kepada tiga kumpulan atau puak.
Satu puak berpihak kepada presiden Zahid Hamidi, satu lagi berpihak kepada timbalan presiden yang dibantu rapat Setiausaha Agung dan satu lagi individu yang bergerak secara solo.

Salah seorang bersifat individu ialah Hishamuddin Hussein yang dilihat
terbata bata dalam Umno tanpa dominan kepada puak mana² dan diberi
peranan wajar.
Pengaruh dimilikinya yang dibentuk ketika jadi ketua pemuda dan Naib Presiden Umno lalu tidak diguna sebaik mungkin.
Walaupun mulanya beliau cuba memencilkan dari koridor kuasa Umno tetapi demi kepentingan parti dan Melayu beliau menunjukkan kesetiaan kepada Umno.
Ajakan pihak² tertentu termasuk dari parti memerintah dengan maksud cuba memecahkan Umno ditolaknya dengan baik.
Mulanya ada desas desus untuk melantik beliau digaris kuasa sebagai Setiausaha BN tetapi tidak menjadi. Ia katanya sudah diumum tetapi ada pihak yang menunjukkan tentangan dengan cadangan itu.
Ada yang memberi pencerahan jawatan Setiausaha BN itu dilantik dari MCA dan MIC.
Apakah cadangan itu untuk melenyapkan peranan Hishamuddin dengan harap pelantikan itu tidak mengerhanakan impian besar mereka yang ada cita² untuk menaungi kedudukan anak bekas PM ketiga itu dalam Umno?
Sayang Umno tidak pandai manfaatkan tokoh yang boleh mengaurakan parti itu. Kalaulah Umno lantik bekas Menteri Pertahanan itu sebagai Setiausaha BN tentu ramai orang Mca dan Mic hadir ke himpunan penyatuan ummah semalam. Beliau akan guna hubungan baiknya dengan parti itu untuk mendukung penggabungan itu. Trims.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.