"Membaca benda yang tak pasal-pasal menjadi kalut dan hodoh ini tiba-tiba menantu gua
(saya) pun tertarik," kata penyair, Pyanhabib Rahman, ketika diminta
mengulas kontroversi pemilihan Sasterwan Negara ke-14, Dr Siti Zainon
Ismail yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik,
semalam.
Kontroversi itu muncul selepas sasterawan dari Perak,
Malim Ghozali PK, tampil mengkritik dan menyatakan rasa tidak puas
hatinya terhadap pemilihan tersebut.
Pyanhabib berkata, ketika isu tersebut sedang meriah diperkatakan - menantunya tiba-tiba bertanya: "Siapa itu Malim Ghozali?"
"Ya, Malim yang memberitau semua orang bahawa karyanya tersebar ke dunia antarabangsa itu, tidak dikenali namanya oleh menantu gua.
\
"Sebaliknya nenantu gua yang tak reti sastera itu, tahu siapa Siti Zainon Ismail," katanya kepada \
Mengulas
kritikan rakan penulis itu Pyanhabib mempersoalkan, tidakkah Malim
berasa aibnya terbuka dengan tindakannya mempersoalkan pemilihan
berkenaan.
"Brader (brother) Malim, gua tidak peduli pun brader berada dalam senarai akhir Anugerah Sasterawan Negara ke-14.
"Gua akan berasa malu sendiri kalau gua menganggap gua paling layak dan beritahu orang bahawa saya calon yang paling tinggi pencapaian, di dalam dan di luar negara.
"Aduh. Kalau Malim berasa ia bukan bermaksud angkat bakul, gua tidak patut berfikir salah.
"Kerana
Anugerah Sasterawan Negara tidak berpihak kepadanya, Malim dengan
terang benderang berkata: Sastera sudah dipolitik, dimanipulasi dan
diselewengkan, saya sudah hilang kepercayaan terhadapnya sama sekali,"
katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.
Tolak lobi-melobi
Kata Pyanhabib lagi, gerakan sastera sememangnya dimanipulasi dengan unsur politik.
"Makanya kita kena cakap elok-elok supaya orang tidak nampak kita juga termanipulasi politik dalam bercakap.
"Hak brader pertikai panel penilai wajar dihormat dan hak panel penilai memilih Siti Zainon juga wajar dihormati.
"Daripada
sebar amarah tidak puas hati, martabat anda akan tinggi jika reda. Ya,
reda jangan guna kalimah Allah untuk berprasangka ada orang jahat dalam
Anugerah Sasterawan Negara ke-14," ujarnya yang popular dengan buku
kumpulan puisi Balada Pyanhabib.
Pyanhabib yang
dikenang ramai kerana wataknya sebagai Osman Tikus dalam filem Kembara
Seniman Jalanan juga mempunyai pesanan khusus: "Gua sarankan Malim yang tercium bau tikus itu agar boikot saja Anugerah Sastera Negara."
Selain
Pyanhabib, pelakon dan pengarah terkenal, Sabri Yunus, turut menyokong
penganugerahan tertinggi sastera negara itu kepada Siti Zainon.
Dalam
ucapan tahniah di Facebook, Sabri menyifatkan beliau memang sudah lama
ternanti-nanti untuk menulis ucapan kepada Siti Zainon.
"Saya
kagumi Kak (Siti Zainon) waktu pertama kali melihatnya baca puisi di
Kota Bharu pada tahun 1979 sempena ulang tahun kelahiran ke-50 Usman
Awang.
"Bahasa dan suara yang mempesonakan. Kemudian apabila saya
di DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) saya merenung bukan saja sajak-sajak
malah painting dan skesta kakak.
"Saya tak berani nak kata
anugerah ini sepatutnya dah lama kakak terima, walau hati saya rasa
begitu. Tahniah sekali lagi," katanya.
Sementara itu, penerima SEA Write Award, Syed Mohd Zakir Syed Othman turut senada menyokong pemilihan Siti Zainon.
Penyair dan cerpenis itu menyokong penuh pemilihan panel yang disifatkan membuat keputusan yang tepat.
"Pada pemerhatian saya pemilihan ini sekali gus 'menolak' sikap lobi melobi segelintir penulis terhadap anugerah.
"Ia adalah satu perkembangan yang baik kepada sastera khususnya penolakan terhadap fenomena lobi melobi yang keterlaluan.
"Apa pun ketentuan adalah milk Allah SWT, juga rezeki adalah ketentuan Allah," katanya.
Di bumbung, di sawah
Bagaimanapun terdapat juga segelintir individu yang berpandangan agak berbeza pandangan.
Antaranya
bekas ketua pegawai eksekutif Institut Terjemahan Buku Malaysia, Mohd
Khair Ngadiron, yang menyatakan pilihannya untuk anugerah itu adalah
aktivis sastera dan seniman, Dinsman.
"Ada yang bertanya, siapa pilihan saya untuk menjadi sasterawan negara? Saya jawab: Dinsman.
"Dinsman
setia dengan sastera. Dari dulu hingga sekarang. Dia setia dengan
prinsip. Dia memuji Dr Mahathir (Mohamad) bila perlu dan mengkritik
Mahathir dengan maha hebat, juga bila perlu.
"Dia mendirikan baca puisi, di rumah pena, di madrasah, di bumbung dan di mana-mana.
"Beliau
mengarahkan teater, di hotel, di masjid, di atas pokok, di bendang
sawah dan bulan hadapan di Padang Merbok. Dia menulis dan terus menulis,
tanpa kira waktu dan suasana. Teguh dengan prinsipnya," katanya dalam
tulisan di Facebook, hari ini.
Ditanya mengapa Dinsman tidak
diangkat jadi Sasterawan Negara Mohd Khair berkata, silap Dinsman
mungkin adalah kerana tidak melantik tukang lobi.
"Istilah lobi tidak semestinya membawa konotasi negatif," katanya.
Bagaimanapun Mohd Khir menegaskan, tulisan itu tidak bermaksud dia membanah penganugerahan diberikan kepada Siti Zainon.
'Menantu gua tanya siapa Malim?'
Reviewed by editorreformis
on
September 05, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Fathi Aris Omar Dunia digital sudah jauh berubah, khasnya dalam tempoh 15 tahun mutakhir. Gerakan Reformasi yang muncul bersama zaman ...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.