Kita ini memang suka menyalahkan orang lain dalam semua masalah dan
tidak berbuat apa-apa kecuali sedikit untuk membetulkan keadaan.
Dengan
berkembangnya teknologi dan media sosial, tingkah laku kita dalam
mencari silap orang dan mendedahkannya kepada umum menjadi cara hidup
yang diraikan beramai-ramai.
Kami selalu mengesyorkan supaya kita
lakukan saja sendiri apa yang kita rasa gagal dilakukan oleh mereka yang
bertanggungjawab atas apa juga hal.
Jika taman perumahan kita kotor, maka kita bersihkan. Jika kerajaan kelihatan jahat, maka kita jatuhkan. Misalnya.
Begitu
saja kita ini, semua perkara adalah mengenai partai, mengenai politik.
Sedang 'pisau' ada di tangan kita. Mahu membunuhkah, atau mahu memotong
ayam buat makankah, keputusannya terletak di tangan kita ini.
Pada
1999, Abdul Razaq Ahmad telah memulakan satu usaha membantu
pelajar-pelajar yang kurang cermerlang dan daripada keluarga miskin
untuk diberi peluang melangkah ke universiti.
Keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak seorang pun ahli keluarganya pernah belajar di menara gading.
Abdul Razaq
Pelajar-pelajar
dipilih sendiri oleh Abdul Razaq. Beliau pergi menjelajah ke
kampung-kampung untuk melihat dan memilih sendiri calon-calon yang akan
dilatih.
Pelajar yang dipilih terdiri daripada semua kaum, termasuk Orang Asli.
Hasilnya
hari ini Akademi Menara Gading adalah antara gerakan rakyat yang
berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang dengan sebahagian besar
daripada mereka kini berjaya dalam bidang yang mereka pilih.
Yang di-Pertuang Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah penaung Akademi Menara Gading.
Membentuk masyarakat diidam
Di
Kuantan pula terdapat satu kumpulan yang berusaha membetulkan masa
depan anak-anak daripada keluarga yang kurang peluang dalam
pembelajaran.
Kumpulan yang diketuai oleh pesilat, pejuang busana
dan juga jurufoto amatur yang gemar memasak iatu Syed Azimal. Mereka
mula memberikan kelas tambahan percuma kepada murid sekolah dari Projek
Perumahan Rakyat (PPR) Pak Mahat.
Syed Azimal dan beberapa
rakannya meluangkan masa dan tenaga bagi membantu kanak-kanak yang tidak
mendapat ruang dalam pelajaran tambahan.
Ianya mendapat sambutan
yang sangat mengalakkan, baik daripada kanak-kanak yang memerlukan
batuan pelajaran itu, atau masyarakat setempat.
Pihak berkuasa tempatan pula menyediakan sebuah bilik di PPR tersebut untuk digunakan sebagai kelas.
Guru
Seni Silat Ayam Den Lopeh Syed Azimal dan kumpulannya bukan saja
menyediakan kelas percuma untuk pelajar malah mereka juga kerap
menyiapkan sarapan percuma kepada semua pengunjung pantai di Taman
Gelora setiap pagi Ahad.
Syed Azimal
Pada
Ramadan, kumpulan itu akan menyediakan juadah berbuka kepada semua yang
mahu atau memerlukan. Juga tanpa meminta apa-apa bayaran.
Sokongan
daripada semua pihak tentu saja akan memberi semangat yang lebih kuat
kepada pihak memiliki kesedaran dalam membentuk sendiri masyarakat yang
diidamkan.
Di Johor Bahru pula ada Sekola Baroka.
Gusar
melihat anak-anak peniaga bazar karat yang berkeliaran sementara
menunggu ibu bapa mereka berniaga, Rayhan Ahmad pada mulanya hanya
mengadakan kelas untuk anak-anak tersebut secara sambilan.
Namun
setelah beberapa tahun, beliau dan beberapa rakannya mula mengambil
serius kegiatan itu dan menyewa tingkat atas sebuah kedai lama di
kawasan tersebut untuk dijadikan Sekola Baroka.
Ditambah pula
dengan kumpulan-kumpulan yang menyediakan makanan percuma kepada
gelandangan dan juga kumpulan membaiki jalan raya yang rosak tanpa
mempunyai agenda politik, kita semua boleh mencapai apa yang kita
idamkan selagi kita bersatu dan tidak minta dikenang semasa hidup atau
setelah mati.
Minta dikenang selalu adalah ciri khas seorang ahli
politik. Kita tentu saja tidak mahu jatuh teruk hingga ke situ, yakni
berbuat baik untuk menang pilihan raya.
Percayalah apabila kami katakan bahawa politikus adalah orang jahat.
Berbuatlah
sesuatu kerana mahukan negara ini menjadi yang lebih baik. Belilah
barangan buatan siapa saja kerana kamu yakin ianya akan memakmurkan
negara ini.
Atau pilihlah "Mandarin only" juga kerana kamu yakin bahawa ianya akan menyatukan semua bangsa di negara ini.
Negara yang kamu rebutkan ini adalah negara milik semua.
Negara yang kita rebutkan
Reviewed by editorreformis
on
September 10, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Ahmad Musri Sejak qunut nazilah dibaca PN agar Kerajaan Perpaduan dihancurkan, dipecahkan, dihantar anjing², ini apa yang berlaku: 1....
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.