https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pemimpin PH sokong seruan PM pertahan perpaduan

Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) hari ini menyokong seruan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad agar rakyat pelbagai kaum mempertahankan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran di negara ini.

"Kami menyokong seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan beliau yang menekankan kepentingan perpaduan yang mewujudkan kestabilan negara ini ketika sambutan Hari Malaysia di Kuching, Sarawak.

"Atas semangat itu, kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menginsafi dan menghargai perpaduan sesama kita," kata mereka dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu ditandatangani bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mahathir dalam ucapannya di Kuching malam ini, berkata terdapat usaha untuk memecah-belahkan rakyat di negara ini, namun menggesa mereka supaya menentang usaha itu.

"Apabila perpaduan tercapai pastinya kestabilan akan wujud. Kestabilan memberi kita ruang untuk mentadbir dan melaksanakan dasar dan program untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Kestabilan ini juga akan meningkatkan aktiviti ekonomi dan ini akan menjana kekayaan yang akan kita kongsi bersama," kata Mahathir yang juga pengerusi PH.
Pemimpin empat parti dalam PH turut menggesa rakyat agar tidak mempersoalkan kesetiaan mana-mana kaum yang boleh melebarkan lagi hubungan antara satu sama lain.

"Janganlah ada di antara kita yang mempersoalkan kesetiaan dan jati diri mana-mana etnik yang ada di sekeliling, apabila identiti sesuatu bangsa sering dipertikaikan, kesejahteraan dan keamanan negara akan terancam.

"Oleh itu, setiap etnik akan mengambil jalan mudah dengan cuba mengurangkan interaksi antara satu sama lain.

"Impaknya, jurang hubungan antara kaum semakin membesar dan ekonomi negara akan merudum," kata mereka.

Mereka menegaskan negara ini telah dibina atas nilai-nilai tolak ansur, ketinggian budi, hormat-menghormati, kesediaan memberi dan berkongsi, tidak mementingkan diri dan berkemahuan untuk berkorban demi kepentingan negara.

"Tanpa nilai-nilai tersebut, Malaysia tidak akan membesar menjadi negara maju yang berkeupayaan memberi kepada rakyatnya keselesaan, keharmonian dan kemajuan.

"Setiap dari kita harus punya usaha untuk mengekalkan sebuah fabrik sosial yang aman, makmur dan sejahtera; serta jauh daripada gerakan untuk menimbulkan permusuhan sesama kita rakyat yang berbumbungkan negara Malaysia," katany

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.