Pesan pada diri kita supaya berpada padalah.
Oleh Nasaie Ismail
Ada manusia takut hilang jawatan, takut hilang kedudukan, takut hilang pekerjaan. Kerana boleh jadi jawatan atau kedudukan itulah yang membawa kepada pekerjaan. Maka dilakukan lah apa sahaja untuk mengekalkan kedudukan agar rezeki pada kiraan manusia itu tidak akan lari.

Ada pula manusia yang inginkan jawatan, inginkan kedudukan. Boleh jadi
difikirkan dengan memperolehinya, maka rezeki juga akan mencurah
kepadanya. Tidak salah manusia memikirkan rezeki, kerana manusia hidup
dengannya. Alim atau warak sebagaimana pun manusia itu, mereka perlukan
hal hal tersebut untuk hidup.
Namun kita sama sama pesan pada diri kita supaya berpada padalah. Bagi yang perolehi kedudukan dan pekerjaan, kenanglah dahulu boleh jadi berpuluh tahun kita tiada apa apa dan boleh hidup. Begitu juga dengan yang tiada kedudukan. Pokoknya rezeki itu kurniaan Tuhan. Dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman, bahawa langit dan bumi itu ciptaan terbesar dan Aku tidak merasa berat pun untuk melaksanakannya, apalah sangat untuk memberi rezeki kepada manusia.
Dalam Surah Ar Rum, ayat 23 hingga 26, Allah menceritakan bukti bukti keTuhannya yang antara lain, Dia lah yang menciptakan manusia, langit dan bumi, isteri isteri sebagai tempat yang menenangkan, mendatangkan kilat dan petir serta menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi yang mati sebagai sumber rezeki kepada manusia. Di akhir setiap ayat Allah mengulangi, hanya orang yang mendengar, berfikir dan mengetahui sahaja yang mampu memperakuinya. Bahawa kuasa mencipta, mentadbir, memberi rezeki, menaik dan menjatuhkan terletak pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Usah bersedih, bimbang, gundah gulana dengan sesuatu yang terjadi atau akan terjadi, kerana sesungguhnya tiada yang lebih pengasih daripada Kasih Nya Tuhan kepada makhluknya. Maka Dia tidak akan membiarkan ciptaanNya, hambaNya. Ayat ayat ini lebih utamanya kita berpesan buat diri sendiri.
Di dalam satu ayat yang lain, Tuhan berfirman. Jika kamu bersyukur di atas nikmat Ku, maka akan Ku tambah (rezeki tersebut), dan jika kamu kufur, maka azabKu amat pedih.
Alhamdulillah berpuluh tahun kita hidup dengan nikmat yang terlalu banyak termasuk nikmat udara, kesihatan, isteri, anak anak, sahabat sahabat yang baik, ketenangan.
Moga moga kita tergolong dikalangan yang bersyukur yang tidak melakukan perkara perkara yang mendatangkan kemurkaanNya yang kelak memperolehi azab yang amat pedih.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.