Di sebalik beberapa kekosongan berikutan beberapa senator akan
menghabiskan penggal mereka tidak lama lagi, Pakatan Harapan (PH) akan
menguasai Dewan Negara pada November 2020.
Dewan Negara merangkumi 70 ahli lantikan.
Secara
lazimnya, Dewan Negara dianggotai oleh 70 ahli. Ketika ini PH mempunyai
26 senator, manakala gabungan BN yang sebelum ini mempunyai 27 orang
dengan sekutu terbarunya, PAS mempunyai empat kerusi.
Seramai 11
senator lagi mewakili parti yang tidak berpihak atau kumpulan minat
khusus. Terdapat tiga kekosongan bagi kumpulan itu dalam masa terdekat
ini.
Sumber kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa aktivis hak asasi manusia Ivy Josiah bakal dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada Oktober ini.
Josiah
yang merupakan setiausaha agung, Persatuan promosi hak asasi manusia
(ProHAM) adalah antara seorang yang dikatakan bakal diangkat sebagai
senator selepas tiga senator menghabiskan penggal mereka pada 6 Oktober
ini.
"Satu penghormatan buat saya jika terpilih," kata Ivy ketika dihubungi Malaysiakini.
"Ada keperluan supaya lebih ramai perwakilan wanita di Dewan Negara.
"Sebenarnya,
Dewan Negara memerlukan perwakilan pelbagai kumpulan dengan kepakaran
untuk meningkatkan mutu perdebatan dan cadangan yang dikemukana,"
katanya.
Ivy merupakan bekas pengarah eksekutif di Pertubuhan
Bantuan Wanita (WAO) dan juga pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya
Diraja untuk meningkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.
Beliau juga menerima darjah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) pada awal tahun ini.
Seorang jurucakap daripada Jabatan Perdana Menteri enggan memberi komen mengenai kemungkinan lantikan itu.
Tiga
ahli Dewan Negara yang bakal menamatkan perkhidmatan mereka itu adalah
Khairuddin Es Samad, Megat Zulkarnain Omardin dan Yahya Mat Ghani.
Penggal kedua ketiga-tiga mereka akan berakhir pada bulan depan.
Semua mereka itu mewakili parti Umno. Khairuddin bagaimanapun kini telah menyertai Bersatu.
Jawatan
keempat, dikhaskan kepada individu kurang upaya, turut menjadi kosong
selepas Senator K Bathmavathi bakal tamat tempoh pada 18 Oktober.
Justeru, pelantikan baru kali ini tidak akan mengubah keseimbangan kuasa di Dewan Negara.
Namun,
pada tahun 2020, seramai tujuh senator lagi bakal tamat tempoh mereka
termasuk Speaker Dewan Negara SA Vigneswaran. Daripada jumlah itu, enam
wakil adalah daripada BN.
Ini bermakna bahawa PH hanya akan menguasai Dewan Negara pada November 2020.
Semua
rang undang-undang lazimnya mesti diluluskan oleh Dewan Rakyat dan
Dewan Negara (Senat) sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
perkenaan baginda.
Sekiranya Dewan Negara menolak rang
undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat, ia hanya boleh
melambatkan laluan RUU dengan maksimum setahun sebelum ia dihantar
kepada Seri Paduka.
PH hanya akan kuasai Dewan Negara pada hujung 2020
Reviewed by editorreformis
on
September 11, 2019
Rating: 5
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
2488984
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.