https://critoxium.com/shop/

Terkini

Piagam Muafakat Nasional ibarat Rukun Negara - Khalid Samad

KUALA LUMPUR: Piagam Muafakat Nasional yang dijalin antara Pas dan UMNO ibarat Rukun Negara, tegas Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad.

Menurut beliau, apa yang terkandung dalam piagam berkenaan sudah sekian lama diperjuangkan dalam prinsip Rukun Negara.

"Saya telah melihat Piagam Muafakat Nasional dengan segala ucapan berapi api yang menimbulkan kegelisahan dan ketegangan.

"Tiba-tiba nampak bila keluar piagam nampak macam Rukun Negara, dia (mereka) kecoh sahaja tapi akhirnya tiada apa yang kontroversi di dalam piagamnya. Soal islam itu memang dah ada dalam Perlembagaan kita," kata Khalid kepada wartawan selepas merasmikan Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka, di sini pada Ahad.

Apa yang turut mengecewakan, kata Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, apabila gambar Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dijadikan sebagai ikon penyatuan Ummah antara dua parti itu.
"Tapi paling mengecewakan bagi saya mengunakan Almarhum Tok Guru Nik Aziz kononnya ikon penyatuan Pas dan Umno.

"Sedangkan kita tahu sikap Tok Guru Nik Aziz sangat keras terhadap UMNO,"  ujar Khalid lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.