Raatchasi: Pendidikan hak setiap kanak-kanak
Terus terang saya bukanlah peminat filem Hindustan atau Bollywood
kerana mungkin bukan ‘cup of tea’ saya tetapi apabila saya habis
menonton filem Raatchasi ini, saya kata ‘wow!’.
Filem ini cukup segala-galanya dan sebagai seorang warga pendidik saya menyarankan agar setiap guru menonton filem ini. Kenapa saya berkata sedemikian? Sebab banyak benda yang kita boleh belajar melalui filem ini.
Pertamanya, filem ini adalah sebuah filem tentang kisah seorang guru dan ia menghurai kepada kita tentang siapa dan apa fungsi sebenar guru kepada masyarakat.
Setiap guru adalah adiwira kepada anak-anak muridnya. Kalau kita boleh percaya adiwira-adiwira dari Barat seperti Ironman atau Captain Marvel yang sah-sah hanya rekaan dan palsu, kenapa pula kita boleh juga percaya 'adiwira' sebenar yang mendidik dan 'memanusiakan' kita iaitu cikgu-cikgu kita, kan?
Asas
filem ini adalah menerangkan kepada kita ‘sekali kita menjadi guru,
maka selamanya kita akan menjadi guru’ sebab gelaran guru/cikgu ini akan
melekat sampai kita mati.
Sampai satu tahap, punyalah kuat aura guru ini sampai orang yang tak kenal kita tegur ‘tengok gaya macam cikgu, kerja cikgu ya?’. Biasakan cikgu-cikgu hadapi situasi ni?
Saya suka watak Cikgu Suseela yang dipuji oleh Geetha Rani yang 33 tahun berkhidmat menjadi guru. Dia dapat naik pangkat tapi dia tolak kerana kecintaannya untuk menjadi guru biasa yang mempunyai komitmen yang sangat tinggi.
Dan punyalah tinggi cintanya kepada profesion perguruan sampai waktu cuti sekolah pun dia sanggup hadir ke sekolah, rupa-rupanya hari tersebut adalah hari terakhir dia berkhidmat sebagai seorang guru.
Dia
boleh sahaja berehat di rumah tapi itulah dia tetap ke sekolah kerana
kecintaannya terhadap kerja cikgu ini. Watak Cikgu Suseela ini pada saya
sewajarnya dicontohi oleh setiap guru.
Filem ini sebenarnya berkisarkan tentang seorang guru besar atau pentadbir sekolah bernama Geetha Rani. Banyak yang kita boleh belajar sebenarnya daripada kisah Geetha Rani ini, antaranya:
Seorang pentadbir mesti buat pemantauan, kenal pasti masalah baru lakukan pembaharuan/penambahbaikan. Bukan jadi pentadbir yang autokratik masuk-masuk sekolah terus marah cikgu kenapa tak buat itu tak buat ini, ataupun cerita ‘dulu kat sekolah lama saya cikgu hebat, kenapa cikgu-cikgu sekolah ni lemau?’.
Macam saya katakan tadi, pentadbir mesti jadi macam macam Geetha Rani, kenali cikgu-cikgu, masuk ke dalam dunia cikgu-cikgu di bawahnya, kemudian baru buat penambahbaikan.
Seorang pentadbir mesti kenali cikgu-cikgu di bawahnya kemudian barulah beralih kepada proses mengubah seorang guru itu menjadi guru yang disayangi oleh anak-anak muridnya. Dan proses perubahan ini semestinya memakan masa, bukan on the spot terus berubah.
Mesyuarat guru sangat penting. Ia mestilah pendek tapi berkesan. Bukan meleret 2-3 jam tapi tak jadi apa-apa.
Geetha Rani juga mengajar tentang betapa pentingnya penglibatan PIBK (Persatuan Ibu Bapa Dan Komuniti) kepada pengurusan sekolah. Yang menariknya, Geetha Rani berjaya mengubah mentaliti masyarakat dengan pendidikan.
Pentadbir mesti ada ada perancangan dan sasaran(KPI). Ini yang dilakukan oleh Geetha Rani apabila dia mula-mula masuk ke sekolah tersebut.
Pentadbir boleh menjadi pemudahcara kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah PDP agar lebih menarik dan kreatif. Dan guru dalam masa yang sama juga adalah seorang pelajar.
Seseorang guru jangan beranggapan bila dah jadi guru dia perlu berhenti belajar kerana dia perlu sentiasa belajar untuk menjadi pendidik yang kreatif, profesional dan sentiasa mempunyai idea yang segar untuk anak muridnya.
Pentadbir sekolah mesti menyokong guru di bawahnya dalam proses membentuk murid. Kadang-kadang ada murid yang belum mengenali potensi, bakat, kepandaian dan sifat kritis yang ada dalam diri mereka.
Jadi,
orang yang bertanggungjawab mencungkil semua perkara tersebut ialah
guru. Dan, sokongan pentadbir sangat penting dalam isu kemenjadian murid
ini. Bukan hanya sekadar menumpang nama untuk menaikkan kredit dirinya
sahaja tapi tiada sokongan kepada guru di bawahnya.
Pengajaran yang saya rasa paling penting dalam filem ini ialah Geetha Rani suka membaca dan menulis. Walaupun kena masuk penjara tetapi Geetha tetap membaca.
Kalau kita lihat contoh Menteri Pendidikan kita, Dr Maszlee, beliau adalah seorang pembaca tegar dan seorang yang aktif menulis. Dr Maszlee telah menulis lebih kurang 60 buah buku.
Kalau kita melihat kepada tradisi keilmuan, membaca sinonim dengan aktiviti penulisan. Ramai ilmuan, a'lim ulama dan tokoh dunia menulis buku. Aktiviti membaca dan menulis adalah aktiviti intelektual.
Tak kiralah untuk pentadbir, guru ataupun pelajar. Proses PDP adalah berkait-rapat untuk mengintelektualkan pelajar. Jadi, kalau dah bos KPM pun membaca dan menulis buku, sewajarnya seluruh warga KPM pun sepatutnya mencontohi beliau. Betul tak?
Saya juga suka bagaimana filem ini berjaya mengangkat kerjaya sebagai guru sebagai profesion yang mulia kerana guru bukan setakat memandaikan muridnya tetapi dalam pada masa yang sama, guru turut ' memanusiakan' anak-anak muridnya.
Filem ini memberikan gambaran kepada kita bahawa tugas menjadi seorang guru bukanlah semudah yang disangka.
Kadang-kadang ada sebilangan mak ayah yang mudah menyalahkan cikgu kerana anaknya tak perform dalam akademik atau kalah dalam pertandingan sedangkan kalau difikirkan mana ada seorang guru yang mahu anak muridnya tak pandai ataupun tak menang pertandingan.
Cuba kita fikir, berapa banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang telah dihabiskan oleh seorang guru untuk memastikan anak muridnya berjaya. Kadang-kadang masa cikgu di padang atau kelas lebih lama berbanding masa dia bersama keluarganya sendiri di rumah.
Ini belum masuk guru kena keluar duit sendiri untuk memastikan anak-anak muridnya mendapat keputusan yang terbaik.
Akhirnya, filem ini juga mengajar kita bahawa pendidikan bukanlah hak eksklusif sesiapa kerana ia adalah milik setiap anak-anak tanpa mengira apapun latar agama, bangsa, kasta ataupun warna kulitnya.
Kita seharusnya belajar daripada Geetha Rani bahawa 'hidup kita mestilah sentiasa mendidik' tanpa mengira apapun status warna kulit atau agamanya kerana kemanusiaan merentas semua itu.
MUHAMMAD YUSOF adalah seorang guru yang suka mendekati masyarakat melalui tulisannya di media sosial.
Filem ini cukup segala-galanya dan sebagai seorang warga pendidik saya menyarankan agar setiap guru menonton filem ini. Kenapa saya berkata sedemikian? Sebab banyak benda yang kita boleh belajar melalui filem ini.
Pertamanya, filem ini adalah sebuah filem tentang kisah seorang guru dan ia menghurai kepada kita tentang siapa dan apa fungsi sebenar guru kepada masyarakat.
Setiap guru adalah adiwira kepada anak-anak muridnya. Kalau kita boleh percaya adiwira-adiwira dari Barat seperti Ironman atau Captain Marvel yang sah-sah hanya rekaan dan palsu, kenapa pula kita boleh juga percaya 'adiwira' sebenar yang mendidik dan 'memanusiakan' kita iaitu cikgu-cikgu kita, kan?
Sampai satu tahap, punyalah kuat aura guru ini sampai orang yang tak kenal kita tegur ‘tengok gaya macam cikgu, kerja cikgu ya?’. Biasakan cikgu-cikgu hadapi situasi ni?
Saya suka watak Cikgu Suseela yang dipuji oleh Geetha Rani yang 33 tahun berkhidmat menjadi guru. Dia dapat naik pangkat tapi dia tolak kerana kecintaannya untuk menjadi guru biasa yang mempunyai komitmen yang sangat tinggi.
Dan punyalah tinggi cintanya kepada profesion perguruan sampai waktu cuti sekolah pun dia sanggup hadir ke sekolah, rupa-rupanya hari tersebut adalah hari terakhir dia berkhidmat sebagai seorang guru.
Buat pemantauan
Filem ini sebenarnya berkisarkan tentang seorang guru besar atau pentadbir sekolah bernama Geetha Rani. Banyak yang kita boleh belajar sebenarnya daripada kisah Geetha Rani ini, antaranya:
Seorang pentadbir mesti buat pemantauan, kenal pasti masalah baru lakukan pembaharuan/penambahbaikan. Bukan jadi pentadbir yang autokratik masuk-masuk sekolah terus marah cikgu kenapa tak buat itu tak buat ini, ataupun cerita ‘dulu kat sekolah lama saya cikgu hebat, kenapa cikgu-cikgu sekolah ni lemau?’.
Macam saya katakan tadi, pentadbir mesti jadi macam macam Geetha Rani, kenali cikgu-cikgu, masuk ke dalam dunia cikgu-cikgu di bawahnya, kemudian baru buat penambahbaikan.
Seorang pentadbir mesti kenali cikgu-cikgu di bawahnya kemudian barulah beralih kepada proses mengubah seorang guru itu menjadi guru yang disayangi oleh anak-anak muridnya. Dan proses perubahan ini semestinya memakan masa, bukan on the spot terus berubah.
Mesyuarat guru sangat penting. Ia mestilah pendek tapi berkesan. Bukan meleret 2-3 jam tapi tak jadi apa-apa.
Geetha Rani juga mengajar tentang betapa pentingnya penglibatan PIBK (Persatuan Ibu Bapa Dan Komuniti) kepada pengurusan sekolah. Yang menariknya, Geetha Rani berjaya mengubah mentaliti masyarakat dengan pendidikan.
Pentadbir mesti ada ada perancangan dan sasaran(KPI). Ini yang dilakukan oleh Geetha Rani apabila dia mula-mula masuk ke sekolah tersebut.
Pentadbir boleh menjadi pemudahcara kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah PDP agar lebih menarik dan kreatif. Dan guru dalam masa yang sama juga adalah seorang pelajar.
Seseorang guru jangan beranggapan bila dah jadi guru dia perlu berhenti belajar kerana dia perlu sentiasa belajar untuk menjadi pendidik yang kreatif, profesional dan sentiasa mempunyai idea yang segar untuk anak muridnya.
Pentadbir sekolah mesti menyokong guru di bawahnya dalam proses membentuk murid. Kadang-kadang ada murid yang belum mengenali potensi, bakat, kepandaian dan sifat kritis yang ada dalam diri mereka.
Manfaat membaca
Pengajaran yang saya rasa paling penting dalam filem ini ialah Geetha Rani suka membaca dan menulis. Walaupun kena masuk penjara tetapi Geetha tetap membaca.
Kalau kita lihat contoh Menteri Pendidikan kita, Dr Maszlee, beliau adalah seorang pembaca tegar dan seorang yang aktif menulis. Dr Maszlee telah menulis lebih kurang 60 buah buku.
Kalau kita melihat kepada tradisi keilmuan, membaca sinonim dengan aktiviti penulisan. Ramai ilmuan, a'lim ulama dan tokoh dunia menulis buku. Aktiviti membaca dan menulis adalah aktiviti intelektual.
Tak kiralah untuk pentadbir, guru ataupun pelajar. Proses PDP adalah berkait-rapat untuk mengintelektualkan pelajar. Jadi, kalau dah bos KPM pun membaca dan menulis buku, sewajarnya seluruh warga KPM pun sepatutnya mencontohi beliau. Betul tak?
Saya juga suka bagaimana filem ini berjaya mengangkat kerjaya sebagai guru sebagai profesion yang mulia kerana guru bukan setakat memandaikan muridnya tetapi dalam pada masa yang sama, guru turut ' memanusiakan' anak-anak muridnya.
Filem ini memberikan gambaran kepada kita bahawa tugas menjadi seorang guru bukanlah semudah yang disangka.
Kadang-kadang ada sebilangan mak ayah yang mudah menyalahkan cikgu kerana anaknya tak perform dalam akademik atau kalah dalam pertandingan sedangkan kalau difikirkan mana ada seorang guru yang mahu anak muridnya tak pandai ataupun tak menang pertandingan.
Cuba kita fikir, berapa banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang telah dihabiskan oleh seorang guru untuk memastikan anak muridnya berjaya. Kadang-kadang masa cikgu di padang atau kelas lebih lama berbanding masa dia bersama keluarganya sendiri di rumah.
Ini belum masuk guru kena keluar duit sendiri untuk memastikan anak-anak muridnya mendapat keputusan yang terbaik.
Akhirnya, filem ini juga mengajar kita bahawa pendidikan bukanlah hak eksklusif sesiapa kerana ia adalah milik setiap anak-anak tanpa mengira apapun latar agama, bangsa, kasta ataupun warna kulitnya.
Kita seharusnya belajar daripada Geetha Rani bahawa 'hidup kita mestilah sentiasa mendidik' tanpa mengira apapun status warna kulit atau agamanya kerana kemanusiaan merentas semua itu.
MUHAMMAD YUSOF adalah seorang guru yang suka mendekati masyarakat melalui tulisannya di media sosial.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.