https://critoxium.com/shop/

Terkini

Rakyat tuntut isu perkauman, boikot dihentikan segera

Rakyat Malaysia menuntut agar isu perkauman dan boikot yang dilancarkan pembangkang dihentikan segera.

Bagi mereka kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempunyai peranan besar dan boleh bertindak tegas menghentikan situasi berkenaan daripada terus berlanjutan.

“Saya amat kecewa tiada langkah tegas diambil oleh kerajaan PH untuk menghentikan isu boikot barangan buatan orang bukan-Islam.

“Usahawan kecil seperti saya tidak sedikit pun merasa ekonomi negara sedang berkembang pesat disebabkan oleh isu perkauman yang kuat dimainkan oleh puak-puak pembangkang (Umno dan Pas), sebaliknya saya merasakan situasi negara suram.

“Masyarakat Melayu, pada pandangan saya, telah dipengaruhi oleh racun perkauman yang kuat disebarkan oleh puak-puak rasis sementara masyarakat Cina dan India rasa tidak puas hati dengan Kerajaan PH yang kurang berkesan menangani masalah perkauman ataupun menghentikan retorik perkauman dari disebarkan oleh penyokong-penyokong pembangkang,” kata Prakash, 35 tahun yang memiliki kedai menjual barangan elektrik di Kepong Baru, Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau memberi teguran kepada kabinet kerajaan yang kelihatan kurang berkesan serta mahukan muka baharu dalam kerajaan.

Menurutnya, situasi mungkin akan lebih baik sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa pada Mei 2020 dan rakyat akan melihat menteri-menteri kabinet ditukar.

“Ya kita perlukan perdana menteri yang baru dan kabinet baru.

“Rakyat mengharapkan negara Malaysia yang sudah hilang halatuju dalam isu perpaduan akan kembali ke landasannya,” tambah Prakash. – RF8 Media

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.