Sindiket MyKad dipercayai telah lama beroperasi - Polis
GEORGE TOWN: Kegiatan penjualan MyKad dan sijil
kelahiran sah yang di percayai di dalangi pegawai kanan Jabatan
Pendaftaraan Negara (JPN) di Pulau Pinang mungkin sudah lama beroperasi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T. Narenasegaran berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan sindiket itu telah lama wujud termasuk penglibatan di beberapa peringkat di dalam agensi berkenaan.
Bagaimanapun, kata beliau, polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan malah tidak menolak kemungkinan kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah itu turut berlaku di negeri lain.
"Mungkin ia sudah lama beroperasi dan telah ada beberapa lapisan dalam
sindiket tersebut, sebab itu polis perlu menjalankan siasatan secara
terperinci," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar
Keselamatan Antarabangsa Kelima, di sini, hari ini.
Pada 12 September lalu, enam individu termasuk Penolong Pengarah JPN negeri didakwa di Mahkamah Sesyen di George Town atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing. Mereka didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 466 Kanun Keseksaan.
Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan seorang wanita warga asing yang cuba memohon pasport negara ini dengan mengemukakan MyKad sah namun tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu pada Mei lalu.
Susulan itu, polis menerusi operasi khas berjaya membongkar sindiket berkenaan yang dikatakan mengaut keuntungan di antara RM100,000 dan RM600,000 hasil jualan MyKad kepada warga asing.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T. Narenasegaran berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan sindiket itu telah lama wujud termasuk penglibatan di beberapa peringkat di dalam agensi berkenaan.
Bagaimanapun, kata beliau, polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan malah tidak menolak kemungkinan kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah itu turut berlaku di negeri lain.
Pada 12 September lalu, enam individu termasuk Penolong Pengarah JPN negeri didakwa di Mahkamah Sesyen di George Town atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing. Mereka didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 466 Kanun Keseksaan.
Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan seorang wanita warga asing yang cuba memohon pasport negara ini dengan mengemukakan MyKad sah namun tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu pada Mei lalu.
Susulan itu, polis menerusi operasi khas berjaya membongkar sindiket berkenaan yang dikatakan mengaut keuntungan di antara RM100,000 dan RM600,000 hasil jualan MyKad kepada warga asing.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.