Khalid: Pemilik setuju jual tanah Kampung Baru tapi mahu harga lebih tinggi
SHAH ALAM, 5 Okt — Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad
berkata laporan media mengenai 90 peratus pemilik tanah Kampung Baru
bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap kaki persegi seperti yang
ditawarkan kerajaan, adalah tidak tepat.
Sebaliknya Khalid berkata apa yang dimaksudkan dengan 90 peratus itu, adalah pemilik yang bersetuju menjual dan bersetuju dengan Projek Pembangunan Kampung Baru itu, tetapi mahukan harga yang lebih tinggi.
“Mereka (pemilik tanah) bersetuju untuk menjual, tetapi
mereka mahukan nilai yang lebih tinggi dari yang ditawarkan kerajaan,”
katanya ketika menjadi panel dalam program Wacana Sinar Harian di sini
semalam.
Pada Rabu lepas media melaporkan Khalid sebagai berkata, daripada 700 hingga 800 borang yang diterima Perbadanan Pembangunan Kampong Baru (PKB) daripada penduduk Kampung Baru berhubung pembangunan semula kawasan itu, kira-kira 90 peratus pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan.
Turut
menjadi panel dalam program berkenaan Pengarah Kanan Bahagian Penilaian
dan Perkhidmatan Harta, Abdul Razak Yusak dan Pakar Perunding Hartanah
Ishak Ismail.
Tambah
Khalid kerajaan tidak boleh menawarkan harga yang terlalu tinggi kepada
pemilik tanah Kampung Baru, kerana ia akan memberi implikasi terhadap
pembangunan yang akan dijalankan.
“Jika kita beli tanah (Kampung Baru) mahal, nanti rumah yang akan dibangunkan kelak juga terpaksa dijual dengan harga yang tinggi dan ini akan menyebabkan hasrat untuk mengekalkan Kampung Baru kekal milik orang Melayu, akan menjadi sukar,” katanya.
Sementara itu Abdul Razak berkata berkata syarat ke atas tanah Kampung Baru adalah tanah Malay Agricultural Settlement (MAS) dan syarat ke atasnya adalah lebih ketat jika dibanding dengan Tanah Rizab Melayu.
“MAS ini syarat ke atasnya lebih ketat, antaranya pemilik dan penduduk di tanah ini mestilah orang Melayu berbanding Tanah Rizab Melayu di mana pemiliknya mesti orang Melayu tetapi tiada sekatan atas penduduk,” katanya.
Tambahnya tawaran RM850 bagi setiap kaki persegi yang ditawarkan kepada pemilik tanah Kampung Baru adalah berpatutan dan harus dipersetujui semua. — Bernama
Sebaliknya Khalid berkata apa yang dimaksudkan dengan 90 peratus itu, adalah pemilik yang bersetuju menjual dan bersetuju dengan Projek Pembangunan Kampung Baru itu, tetapi mahukan harga yang lebih tinggi.
Pada Rabu lepas media melaporkan Khalid sebagai berkata, daripada 700 hingga 800 borang yang diterima Perbadanan Pembangunan Kampong Baru (PKB) daripada penduduk Kampung Baru berhubung pembangunan semula kawasan itu, kira-kira 90 peratus pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan.
“Jika kita beli tanah (Kampung Baru) mahal, nanti rumah yang akan dibangunkan kelak juga terpaksa dijual dengan harga yang tinggi dan ini akan menyebabkan hasrat untuk mengekalkan Kampung Baru kekal milik orang Melayu, akan menjadi sukar,” katanya.
Sementara itu Abdul Razak berkata berkata syarat ke atas tanah Kampung Baru adalah tanah Malay Agricultural Settlement (MAS) dan syarat ke atasnya adalah lebih ketat jika dibanding dengan Tanah Rizab Melayu.
“MAS ini syarat ke atasnya lebih ketat, antaranya pemilik dan penduduk di tanah ini mestilah orang Melayu berbanding Tanah Rizab Melayu di mana pemiliknya mesti orang Melayu tetapi tiada sekatan atas penduduk,” katanya.
Tambahnya tawaran RM850 bagi setiap kaki persegi yang ditawarkan kepada pemilik tanah Kampung Baru adalah berpatutan dan harus dipersetujui semua. — Bernama




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.