https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sekolah memandu jual lesen PSV akan ditutup

SEKOLAH memandu yang didapati menjual lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) kepada pemandu e-hailing tanpa melalui proses yang ditetapkan akan ditutup dan lesen dibatalkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Kementerian masih belum menerima sebarang maklumat mengenai sindiket yang didakwa melanggar undang-undang namun memberi amaran kepada sekolah memandu apa yang akan mereka hadapi sekiranya terlibat dalam sindiket itu.

“Sindiket yang menjual lesen PSV akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tindakan juga akan diambil terhadap sesiapa yang terlibat dengan penipuan,” katanya pada sidang media di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya hari ini
.
The Malaysian Insight melaporkan terdapat segelintir pemandu e-hailing mendapatkan lesen PSV mereka tanpa menduduki ujian dengan membayar antara RM400 dan RM800.

Pemandu terbabit memberitahu The Malaysian Insight, pakej sindiket berkenaan termasuk “jaminan” mereka akan lulus ujian kesihatan, dan pemeriksaan tahunan kenderaan mereka.

Penyedia khidmat e-hailing terbesar di negara ini, Grab berkata mereka menyedari tentang sindiket ini dan menggesa Kementerian Pengangkutan membanterasnya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.