https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerajaan pimpinan Najib jual tanah lebih RM4 bilion, kata Guan Eng

BEKAS pemerintah Barisan Nasional (BN) menjual lebih RM4 bilion tanah milik awam dalam tempoh tujuh tahun, sementara kerajaan sekarang langsung tidak berbuat demikian sejak mengambil alih pada Mei tahun lepas.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata demikian bagi menafikan dakwaan pembangkang yang pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menjual tanah dan aset kerajaan setelah mendapat kuasa.

Lim menambah semasa pentadbiran Najib Razak, 16 penjualan tanah berlaku antara tahun 2010 hingaa 2017, kebanyakannya melalui rundingan terus.

“Pemimpin pentadbiran terdahulu yang berterusan menuduh kerajaan PH menjual tanah dan aset kerajaan harus menghentikan tuduhan tidak berasas mereka dan mengakui ia amalan biasa kerajaan yang mereka sertai dahulu,” kata Lim dalam satu kenyataan .

Menteri itu kemudian menyenaraikan semua 16 perjanjian tanah, berjumlah RM4,420,618,298.

Dari segi nilai, yang terbesar ialah RM1 bilion di Jalan Lembah Ledang, Kuala Lumpur manakala yang terendah nilaiannya di Jalan Cochrane iaitu lebih RM32.146 juta.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.