Susulan masalah kewangan yang dihadapinya, akhbar bahasa Melayu tertua negara Utusan Malaysia akan menghentikan operasinya bermula hari ini.
Satu lagi akhbar terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Kosmo! turut ditimpa nasib yang sama.
Perkara itu dimaklumkan oleh satu memo dalaman bertarikh 9 Oktober 2019 (hari ini) yang dilihat Malaysiakini.
Menurut
memo itu, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Abdul
Aziz Sheikh Fadzir berkata syarikat itu tidak lagi solven (mampu
membayar hutang) untuk meneruskan perniagaan, walaupun telah
melaksanakan beberapa langkah untuk menyelamatkannya.
"Oleh yang demikian, syarikat akan memberhentikan operasi berkuat kuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019.
"Sehubungan
dengan itu, tarikh akhir bekerja tuan/puan telah ditetapkan pada Rabu, 9
Oktober 2019, manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada Khamis, 31
Oktober 2019," katanya.
Terdahulu hari ini, Malaysiakini melaporkan terdapat spekulasi mengatakan Utusan Malaysia dan Kosmo! akan menghentikan operasi hari ini dan semua pekerja akan diberi notis pemecatan tengah hari ini.
Menurut memorandum pekeliling tersebut, keputusan itu dibuat apabila edaran akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo semakin
merosot, penghasilan iklan tidak mencapai sasaran RM4 juta sebulan dan
terpaksa berdepan dengan pelbagai tindakan perundangan.
Menurut Abd Aziz, keadaan syarikat akhbar tertua itu bertambah parah selepas Mei 2018.
Untuk rekod Utusan merupakan akhbar yang memihak kepada Umno. Umno kalah ketika pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei 2018.
“Pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan harapan untuk meletakkan syarikat kepada kedudukan yang lebih kukuh dan terjamin.
“Antara
langkah yang diambil ialah menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS)
yang menyaksikan lebih 700 kakitangan melepaskan jawatan mereka.
“Ini merupakan pemberhentian kerja berskala besar yang terpaksa dilakukan bagi kelangsungan syarikat.
“Syarikat
juga telah berusaha dengan menjual aset-aset syarikat dan kumpulan
untuk menampung modal dan mendapatkan aliran tunai yang mencukupi,”
katanya.
Katanya,
bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang
juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak.
“Sehubungan
itu, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan
cadangan penggulungan sukarela pemiutang dan seterusnya meluluskan
pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim
(Interim Liquidator),” katanya. Malaysiakini juga melaporkan ada melihat pesanan yang disebarkan di Whatsapp bertajuk 'Spekulasi Terbaru' yang mengatakan Utusan Malaysia akan
menyelesaikan hutang berjumlah RM230 juta, dan kemungkinan besar semua
pekerja akan ditamatkan khidmat, dengan 60 lagi akan diambil semula.
Utusan henti operasi hari ini
Reviewed by editorreformis
on
Oktober 09, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
LABUAN, 22 Sept ― Kira-kira 4,000 daripada 32,800 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negara akan menjadi kumpulan pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.