Kerajaan PH berhadapan masalah komunikasi untuk beritahu kejayaan dicapai - Tun Mahathir
PETALING JAYA : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
mengakui kelemahan kerajaan Pakatan Harapan dalam memberitahu akan
kejayaan yang dicapai dalam tempoh singkat.
Sebaliknya jelas Perdana Menteri, jika dibandingkan kejayaan yang berjaya dicapai kerajaan pimpinannya dalam tempoh hampir dua tahun, ianya adalah satu pencapaian di luar jangkaan.
"Satu daripada masalah yang kerajaan ini hadapi adalah kelemahan dari sudut komunikasi dan memberitahu akan kejayaan yang berjaya kita lakukan.
"Jika dilihat sebenarnya kerajaan Pakatan Harapan berjaya membuat perubahan lebih baik daripada mana mana kerajaan yang lain dengan tempoh pentadbiran hampir dua tahun ini contohnya seperti peningkatan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang lebih baik daripada kerajaan sebelum ini," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu di Petaling Jaya pada Rabu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.