Kit Siang pun ajak undi imam Karmaine, kata Mahfuz
Penaasihat
DAP, Lim Kit Siang yang turun berkempen di Tanjung Piai telah menyeru
agar pengundi memberi sepenuh keyakinan kepada calon Pakatan Harapan
(PH), Karmaine Sardini dalam pilihan raya kecil (PRK) 16 November ini.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, ia menghairankan apabila ulama dari Pas sendiri sebaliknya mengajak pengundi untuk menolak calon yang dipertandingkan PH itu.
“Satu benda yang cukup pelik ialah politik Tanjung Piai. Lim Kit Siang boleh datang berkempen di sini ajak orang Islam dan orang Cina undi tok Imam sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai.
“Tapi, tok guru dan ulama yang datang Tanjung Piai, ajak orang tolak tok Imam. Cukup pelik.
“Jadi sebab itu bagi saya, politik yang dibawa oleh pembangkang iaitu Barisan Nasional yang meniupkan sentimen perkauman ini mesti ditolak,” katanya yang dipetik Malaysiadateline dalam video Ceramah Harapan di PDM Lubok Sawah, Jumaat lalu.
Terdahulu, Kit Siang selepas sesi kopitiamnya di Kampung Penerok, Pontian, mengingatkan Pengundi agar tidak terpengaruh dengan berita palsu dan memberi sepenuh sokongan kepada calon PH.
Beliau berkata, dengan menjadi lebih celik media, pengundi tidak akan dengan mudah terpengaruh dengan berita palsu, terutama ketika kempen PRK.
Sementara itu, Mahfuz turut mengingatkan tentang demokrasi dalam negara yang tidak menyokong segala agenda politik yang menggunakan sentimen agama dan kaum untuk memperoleh undi.
“Oleh sebab itu, rakyat perlukan kelangsungan rancangan yang ditinggalkan agar ia dapat dilaksanakan oleh Ahli Parlimen baru, Imam Karmaine.
“Saya percaya bila Imam dipilih, sudah tentu untuk tempoh tiga tahun akan datang, lebih banyak peruntukan yang akan dibawa. Jadi mari sama-sama beri undi dan sokongan pada Imam atas nama PH untuk bawa perubahan yang lebih besar,” katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.