Pertemuan 'sulit' hangatkan politik tanah air
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
NARATIF politik Malaysia kelihatannya tidak berhenti daripada berkocak dan berpusar berdasarkan beberapa senario yang berlaku dalam tempoh beberapa hari pada minggu ini.
Ketika demam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai masih belum kebah, muncul pula isu susulan yang dikaitkan dengan proses peralihan kuasa tampuk pemerintahan negara.
Kini, pentas politik tanah air tertumpu kepada isu pertemuan 18 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO dan lima daripada PKR dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada malam Isnin lalu.
Pertemuan itu boleh menggemparkan kerana antara nama Ahli Parlimen yang bertemu Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR itu ialah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Pertemuan Ahli Parlimen terbabit tidak dapat menepis lagi desas-desus mengenai kewujudan gerakan dalam kalangan kerajaan dan pembangkang untuk membentuk kerajaan menerusi ‘pintu belakang’ seperti diuar-uarkan sebelum ini.
Apakah ia berkait rapat dengan percaturan nombor yang boleh menghalang mana-mana pihak mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat?
Namun, sejauh mana kebenarannya, ia masih sukar dibuktikan kerana isu ini dan rumit dihuraikan di atas kertas.
Yang pasti, beberapa Ahli Parlimen mengakui memang wujud gerakan membentuk kerajaan menerusi blok baharu dalam kalangan mereka bagi tujuan menafikan rancangan melantik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan.
Gerakan ini pada asasnya bermula secara terang-terangan apabila enam Ahli Parlimen UMNO diketuai Datuk Seri Hamzah Zainuddin bertindak keluar parti pada tahun lalu. Perkara ini diakui Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, tetapi beliau enggan menjelaskan lebih lanjut.
Namun ketika itu, gerakan ‘enam jahanam’ yang digelar kalangan Ahli Parlimen UMNO yang setia kepada presiden parti itu disifatkan terlalu tergesa-gesa, sebaliknya tindakan itu dibuat bagi menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal Parlimen ke-14 ini.
Yang pasti, beberapa siri pertemuan dan rundingan sulit antara pemimpin kerajaan dan pembangkang sebelum ini memang berlaku bagi merancang gerakan ini. Ia juga bukan lagi rahsia dalam kalangan Ahli Parlimen, namun masing-masing mengambil pendirian berhati-hati serta tunggu dan lihat.
Bagaimanapun, apabila ada pertemuan di kediaman Mohamed Azmin di Putrajaya, ia mungkin menjadi satu petanda sesuatu yang besar bakal berlaku dalam dunia politik negara. Seorang Ahli Parlimen dari utara yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, pelan dan perancangan ini sedikit terjejas apabila video lucah dikaitkan dengan seorang menteri tersebar sebelum ini.
“Justeru, ‘pelan B’ terpaksa digerakkan dan ia dapat dilihat apabila secara tiba-tiba Ahli Parlimen Sembrong begitu aktif dalam arena politik, khususnya dalam media sosial milik beliau.
“Sebelum ini, terutama selepas BN tewas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), boleh dilihat beliau agak slow. Tetapi selepas isu video (lucah) tersebar, beliau mula menonjolkan diri semula,” kata Ahli Parlimen senior ini ketika ditemui di Parlimen, baru-baru ini.
Beliau turut mengetahui gerakan ini memerlukan kerjasama Ahli Parlimen UMNO, tetapi bersyarat.
“Mereka tidak mahu bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika ini berada dalam gerakan itu.
“Namun, perkara ini dibantah majoriti Ahli Parlimen UMNO. Mereka meletakkan syarat, jika hendak buat gerakan, perlu terima semua daripada UMNO secara en bloc,” jelas beliau.
Persoalannya, sejauh mana gerakan ini mampu direalisasikan kerana mahu tidak mahu, sokongan sebahagian Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak masih diperlukan bagi membentuk kerajaan yang memiliki majoriti selamat serta tidak tergugat.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.