Usah hancurkan PH demi matlamat peribadi
Oleh Nazura Ngah
IBARAT cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru, mustahil untuk mana-mana pihak menyembunyikan polemik yang tercetus dalam barisan kepemimpinan PKR. Juga mustahil untuk menutup pertelagahan yang menjadi rahsia terbuka ketika wujud kem berbeza dalam sebuah parti yang lahir daripada gelombang reformasi selepas pemecatan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998.
Satu demi satu isu timbul selepas pemilihan PKR pada November 2018, daripada isu gagal hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik tanpa alasan munasabah hingga kepada nama digugurkan sebagai perasmi Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK), awal bulan depan.
Lebih parah, isu pembatalan jemputan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden timbul ketika perhatian rakyat terarah pada gerak kerja kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), Parlimen Tanjung Piai, baru-baru ini.
Meskipun bukan mereka yang bertanding, sekurang-kurangnya isu itu memberi kesan negatif terhadap keutuhan Pakatan Harapan (PH) selaku parti pemerintah, malah tidak keterlaluan dikatakan ia juga penyumbang kepada kemenangan besar calon Barisan Nasional (BN) di Tanjung Piai.
Dikatakan pergeseran dalaman antara pemimpin nombor satu dan dua ini banyak menjurus kepada isu siapa yang layak memegang jawatan Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bukan lagi rahsia apabila kem berasingan Anwar dan Mohamed Azmin yang mencipta watak utama dalam konflik berterusan ini masing-masing menyokong individu sebagai calon Perdana Menteri.
“Ada desas-desus bahawa penyokong satu kem dalam PKR tidak bersungguh menyokong calon BERSATU pada PRK Tanjung Piai sebagai isyarat protes terhadap Dr Mahathir,” kata penganalisis politik, Dr Azmi Hassan.
Susulan pembatalan jemputan merasmikan kongres sayap, ada yang meramalkan Mohamed Azmin dan pengikutnya bakal menubuhkan parti baharu, malah ada juga menjangkakan Ahli Parlimen Gombak itu menyertai BERSATU jika mengambil kira hubungan mesra antara pemimpin itu dengan Perdana Menteri.
Kedua-dua situasi yang terhasil dijangka mewujudkan suasana canggung dan tegang sesama komponen dalam PH.
Sejarah yang mewarnai dunia politik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2015 dijangka berulang. Ketika itu Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO dinafikan hak untuk merasmikan perhimpunan agung tiga sayap serentak.
Ia dikatakan menjadi titik tolak kepada penyingkiran Muhyiddin daripada UMNO. Kegagalan Mohamed Azmin menghadiri mesyuarat MPP dan Biro Politik sejak pemilihan parti pada November 2018 dijadikan alasan oleh sayap pemuda parti itu untuk menggugurkannya sebagai perasmi Kongres Nasional Tahunan AMK.
Tindakan menggantikan Mohamed Azmin dengan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disifatkan Wanita PKR sebagai tidak memenuhi konvensyen kerana gagal mematuhi hierarki dan struktur parti.
Malah, pergerakan pimpinan EXCO Kerajaan Selangor, Haniza Mohamed Talha turut menempelak AMK kerana sengaja melanggar tradisi yang menjadi amalan semua parti politik di negara ini.
“AMK melanggar tradisi, ini perkara yang boleh dikatakan sangat memalukan, sehingga pemimpin veteran tegur AMK,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya itu.
Selaku parti memiliki paling banyak kerusi dalam PH dengan 50 kerusi Parlimen, kegagalan dua sayap sederap mengorak langkah mengharungi cabaran politik semasa mencetuskan ketegangan dalaman, sekali gus mewujudkan ketidaktentuan dalam iklim politik negara.
Terkini, Mohamed Azmin dikatakan cuba mencatur gerakan bersama pimpinan pembangkang dalam menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri sehingga tamat penggal.
Motif pertemuan itu cuba disembunyikan dengan hanya memberi alasan sekadar pertemuan biasa antara wakil rakyat dengan menteri. Bak kata Presiden penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali, kalau tidak ada apa yang penting untuk dibincangkan, kenapa diadakan secara tertutup.
Ia boleh disifatkan sebagai ‘berkhalwat politik’. Mungkin ada benarnya kata-kata seorang aktivis negara jiran, Soe Hok Gie - ‘bagiku sendiri politik adalah barang yang paling kotor. Lumpur-lumpur yang kotor. Tapi suatu saat di mana kita tidak dapat menghindari diri lagi, maka terjunlah’.
Namun, sama-sama elakkan berdepan tragedi gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.