Lepas kalah di Tanjong Piai, PH semakin merapu
Oleh Timmy Say
Kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di Tanjong Piai nampaknya tidak membawa sebarang penambahbaikan kepada prestasi menteri mahupun ahli Parlimen (MP) PH setakat ini.
Kehadiran MP PH di Parlimen tetap rendah sehinggakan ada insiden ia terpaksa meminta prosiding dewan ditangguh selepas “diserang hendap” oleh MP pembangkang yang meminta pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibuat secara undi belah-bahagi.
PH terselamat daripada malu apabila MP kerajaan sempat bergegas masuk ke dalam dewan selepas loceng dibunyikan.
Ketua Whip PKR Johari Abdul tampil untuk menutup malu PH dengan menyatakan kehadiran MP kerajaan rendah berpunca daripada keletihan kerana terikat dengan program lain.
MP Sepang yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pula
menyalahkan suhu di Parlimen yang terlalu sejuk sebagai penyebab tidak
ramai MP PH mampu duduk lama di Parlimen semasa persidangan berlangsung.
Seperti yang dijangka, kedua-dua alasan yang diberikan Johari dan Hanipa dikecam teruk oleh netizen. Rata-rata menyatakan alasan letih dan sejuk sememangnya tidak padan dengan gaji berpuluh ribu yang sedang dinikmati oleh MP PH.
Jika di universiti, para pensyarah melakukan “pop kuiz” atau ujian kecil serang-hendap untuk memastikan pelajar tidak ponteng kuliah, maka apakah Parlimen perlu melakukan perkara yang sama dengan “pop undi” agar wakil rakyat tidak sewenang-wenangnya ponteng persidangan.
Para MP perlu ingat mereka adalah wakil rakyat yang dipilih untuk mewakili rakyat satu-satu kawasan untuk hadir ke Parlimen.
Selepas Johari dan Hanipa gagal mempertahankan PH, muncul pula Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh yang tampil dengan cubaan mengubah persepsi dengan menuduh MP pembangkang bermain politik dengan percubaan untuk mengagalkan belanjawan kementeriannya.
Beliau mempersoalkan sama ada 28 MP pembangkang yang menolak belanjawan kementeriannya tidak bersetuju supaya peruntukan kebajikan diberikan kepada golongan miskin, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang sangat memerlukan bantuan.
Jika belanjawan itu sebegitu penting, mengapa menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sendiri dan anggota Kabinet lain tidak hadir untuk menyokong usul itu?
Lebih 100 MP, termasuk semua menteri tidak hadir ketika pengundian dijalankan. Apakah MP PH yang tidak hadir menyokong usul juga wajar dituduh sengaja menggagalkan belanjawan kementerian beliau?
Merapu sungguh kalau MP pembangkang yang datang ke Parlimen melaksanakan tugas Parlimen dan mengundi meskipun tidak menyokong RUU dikatakan lebih teruk daripada MP dan menteri PH yang tidak melaksanakan tugas Parlimen dan ponteng.
Ini kerana telah menjadi sifat pembangkang mencari peluang untuk mengajar atau memalukan PH di Parlimen seperti kejayaan mereka menolak pelantikan senator PKR di Melaka kerana kesilapan PH sendiri.
Ketika PH menjadi pembangkang dahulu, bukankah PH sering menolak seluruh belanjawan kerajaan BN, termasuk untuk golongan miskin, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang sangat memerlukan bantuan?
Sepatutnya, MP kerajaan yang tidak mengundi RUU perbekalan sendiri dituduh sebagai golongan yang cuba menggagalkan Belanjawan 2020.
Jika kerajaan mengharapkan undi pembangkang untuk meluluskan RUU atau belanjawan, maka tentulah ia tidak masuk akal. Jika begitu, apa gunanya ada majoriti di Parlimen?
Ini belum lagi kita bercakap tentang kontroversi projek entah dron, entah kereta terbang (menteri pun tak pasti, rakyat lagilah tak pasti) yang sepatutnya tidak dibiayai kerajaan PH, tapi telah digemparkan oleh ledakan bom daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa dana sebanyak RM20 juta telahpun disalurkan.
Rakyat mengharapkan PH berubah selepas kekalahan teruk di Tanjong Piai. Nampaknya PH menjadi semakin merapu. Jangan-jangan rakyat akhirnya menjadi “letih dan sejuk” dengan harapan yang semakin menghilang.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.