Seorang pemimpin MIC mengkritik tindakan Anggota Parlimen Cameron
Highlands yang bersetuju dengan keputusan mengusir hampir 60 pekebun di
Kuala Terlah tanpa menyediakan tanah alternatif.
Ahli Jawatankuasa
Kerja Pusat MIC, RT Rajasekaran berkata Ramli Mohd Nor sepatutnya sedar
akan tanggungjawabnya kepada pengundi Cameron Highlands dan bukan
berlagak sebagai "orang suruhan bagi pihak tertentu".
"Jangan
berlagak seperti kacang lupakan kulit, lupa kepada beratus ahli-ahli MIC
yang bekerja bertungkus-lumus untuk kejayaan YB (di PRK Cameron
Highlands)
"Jangan lupa bahawa kerusi ini telah dipinjamkan oleh
MIC pada suatu masa yang getir di dalam sejarah BN. Jika bukan
pengorbanan MIC untuk meminjamkan kerusi tradisinya untuk mencapai suatu
kemenangan kepada BN, sudah tentu Ramli mungkin dikenali sebagai
seorang anggota polis yang telah berpencen sahaja," kata RT Rajasekaran
dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Beliau
mengulas kenyataan Ramli (gambar) semalam yang menyokong keputusan
Jawatankuasa Khas Pemulihan Cameron Highlands agar 60 pekebun di Kuala
Terlah mengosongkan tanah mereka atas alasan berlaku pencemaran bahan
kimia dalam punca air untuk kegunaan penduduk setempat.
Ramli berkata, kesihatan dan keselamatan masyarakat Cameron Highlands lebih utama berbanding kepentingan pekebun berkenaan.
Bagaimanapun,
Rajasekaran yang juga pengerusi Biro Bantuan Guaman MIC Kebangsaan
menyifatkan kenyataan Ramli sebagai tidak tepat dan tidak
bertanggungjawab.
"Kenyataan Ramli amat mengecewakan memandangkan
beliau tidak pergi berjumpa dengan pekebun-pekebun sebelum keputusan
Jawatankuasa Khas dibuat.
"Setahu saya, pengundi-pengundi
di Cameron Highlands yang melantik beliau, masih menunggu ahli parlimen
mereka untuk datang berjumpa dengan mereka untuk menyelesaikan isu-isu
mereka," katanya.
Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan
negeri Pahang tidak menyediakan tanah alternatif bagi menggantikan kebun
berkenaan yang telah diusahakan selama lebih 40 tahun.
"Agak aneh
bagi kerajaan negeri Pahang yang masih memberi tanah-tanah baru untuk
pertanian kepada pekebun-pekebun yang baru berhijrah ke Cameron
Highlands tetapi tidak memberi sebarang tanah alternatif kepada
pekebun-pekebun yang telah berkerja di tanah di Kuala Terlah," katanya
menambah majoriti pekebun berkenaan terdiri daripada kaum India.
Sementara
itu, Rajasekaran berkata Jawatankuasa Khas Pemulihan Cameron Highlands
membuat keputusan tanpa memanggil mana-mana pekebun untuk mendengar
penjelasan mereka.
"Keputusan Jawatankuasa Khas Pemulihan ini
adalah tidak adil dan telah dibuat secara melulu dan sesungguhnya tidak
bernas dan tidak bertanggungjawab.
"Keputusan yang dibuat oleh
jawatankuasa ini seharusnya diketepikan secara mutlak memandangkan tiada
apa-apa cadangan diberi untuk menyelesaikan isu pekebun-pekebun
tersebut," katanya.
Jawatankuasa Khas Pemulihan Cameron Highlands
dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.
MIC ingatkan Ramli jangan jadi kacang lupakan kulit
Reviewed by editorreformis
on
Disember 23, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh HAZMI HASSAN Jika ditanya kenapa Kelantan dan Terengganu tidak mempunyai walau satu pun kerusi Pakatan Harapan (PH), maka jawapan...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.