BUTTERWORTH: DAP mengingatkan seluruh ahlinya di Pulau Pinang supaya
berhenti mempersoalkan isu peralihan kuasa Perdana Menteri ke-8,
sebaliknya menumpukan agenda berkhidmat untuk rakyat.
Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng, menegaskan ini kerana Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad sudah pun menyatakan dengan jelas bahawa peralihan
kuasa antara beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan
berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
2020, pada November tahun depan.
Justeru katanya, semua
pihak tidak perlu lagi membuang masa dan bertelagah berhubung perkara
terbabit dan menumpukan kepada perkara yang lebih penting.
“Biarlah
tahun depan kita tumpukan tenaga kita untuk mendengar suara rakyat,
buat kerja untuk rakyat. Dua perkara itu saja, tak susah.
“Janganlah
ada pergolakan kuasa dalaman, itulah yang akan mencetuskan
ketidakstabilan dalam kerajaan,” katanya berucap pada pembukaan
Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini, hari ini.
GUAN Eng dan Kon Yeow pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang hari ini. -- foto BERNAMA Yang turut hadir, Pengerusi DAP Pulau Pinang yang juga Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Mengulas
lanjut, Lim berkata, setiap parti mempunyai masalah dalaman
masing-masing yang seharusnya diselesaikan secara dalaman, bukannya
menghebahkannya kepada umum.
Apa yang perlu menjadi keutamaan kini
adalah memberi perhatian kepada menunaikan janji manifesto Pakatan
Harapan (PH) untuk membangunkan negara selain menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara menjadi kebanggaan rakyat.
“Kita
perlu yakinkan rakyat bahawa hidup mereka lebih senang ketika
pentadbiran Kerajaan PH, berbanding kerajaan terdahulu,” katanya.
GUAN
Eng bersama Kon Yeow pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang di
Hotel Pearl View Seberang Prai, Pulau Pinang. - Foto Mikail Ong Sementara
itu, menyentuh mengenai nyanyian lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin
dan Arab, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan meminta supaya siasatan
mengenainya tidak dibuat kerana pelajar hanya mengikut teks yang
diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pihak sekolah.
Beliau turut mempersoalkan mengapa isu itu baru dibangkitkan sedangkan ia berlaku beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, DAP berpendirian bahawa lagu Negaraku perlu dinyanyikan dalam bahasa Melayu dan bukannya bahasa lain.
“Pelajar-pelajar
ini tak salah, baik (menyanyi) dalam (bahasa) Mandarin atau Arab tidak
salah kerana sebelum itu ia sudah dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.
“Mereka
hanya gunakan teks sekolah yang dikeluarkan oleh KPM pada 2014 dan
diedarkan pada 2015 yang mana ketika itu siapa yang memerintah? Tetapi,
semuanya salah PH.
“Pada pandangan saya, mereka ini
sepatutnya hanya diberi peringatan bahawa Negaraku perlu nyanyi dalam
bahasa Melayu. Tak perlu siasatan,” katanya.
Seramai 379 perwakilan hadir pada konvensyen berkenaan yang berlangsung dalam suasana aman.
Tumpu agenda rakyat, usah persoal lagi isu peralihan kuasa - Guan Eng
Reviewed by editorreformis
on
Disember 11, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Demi Allah. Inilah pertama kali dalam hidup aku menangisi perletakan jawatan seorang menteri di Malaysia Ketat dada, sebak, dan akhirnya m...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.