https://critoxium.com/shop/

Terkini

4 hotel Tabung Haji dipindah ke SPV baru kerajaan bukan dijual ke luar

Empat Hotel Tabung Haji dipindahkan pengurusannya kepada SPV yang dimilki oleh Kerajaan Malaysia bagi menyelamatkan Tabung Haji.

Ekoran itu, ke empat-empat hotel ini akan ditukar nama dari Hotel Tabung Haji kepada Hotel Raia.
Kebanyakan kakitangan yang bertugas dengan Hotel TH sebelum ini pula akan menyertai pengurusan baru hotel ini manakala selebihnya akan dibuat penempatan semula.

SSS yang ditawarkan pula adalah sebagai tanda perpisahan mereka dengan TH dan mereka boleh memilih untuk terus kekal dengan hotel berkenaan tapi dibawah pengurusan baru.

Demikian kata pegawai yang dekat dengan Tabung Haji yang memahami isu ini

Katanya, Kerajaan Malaysia akan terus komited untuk membantu memulihkan Tabung Haji yang mengalami kerugian sejak 7 tahun lalu.

Sehubungan dengan itu, penstrukturan semula dan pemulihan telah dilaksanakan bertujuan bagi mengimbangi semula kedudukan kewangan TH, katanya.

Aset-aset yang mengalami kerugian dan kurang memberi keuntungan telah dipindahkan kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB), iaitu sebuah syarikat bertujuan khas (SPV), milik penuh Kerajaan Malaysia.

Langkah ini bagi membolehkan jurang defisit dapat ditutup dan seterusnya memulihkan kedudukan kewangan TH.

Menurut pegawai kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu; suntikan dana bersih sejumlah RM17.8 bilion ke dalam TH akan dibiayai oleh Kerajaan dalam tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 2020 sehingga tahun 2030.

“Segala urusan perniagaan TH sekarang ini diikuti rapat oleh Bank Negara Malaysia sebagai penguatkuasa peraturan bagi memastikan segala piawaian standard professionalisme dipenuhi,” katanya.

” Antara kriteria yang diambil kira dalam penjualan aset ini adalah aset-aset berkenaan mengalami kerugian bereterusan, aset-aset pelaburan yang kurang berdaya saing dan mengalami kejatuhan nilai melebihi 20% dari nilai buku; dan aset-aset yang memberi pulangan yang rendah kurang dari 2% setahun,” kata beliau.

Ketika ditanya mengenai penjualan beberapa hotel milik TH sebagaimana surat sulit yang bocor dan diviralkan beliau berkata kesemua hotel berkenaan termasuk dalam senarai aset dipindah di bawah SPV milik Kerajaan sejak hujung tahun 2018 dan bukannya penjualan baru.

“Kesemua ini telah dijawab oleh Menteri di Parlimen pada sidang parlimen bertarikh 1/4/2019 yang lalu,” katanya.

Senarai lengkap aset yang terlibat juga sudah didedahkan kepada semua ahli parlimen sebelum ini.

“Kerajaan tidak menyembunyikan apa-apa dalam hal ini. Malah saya difahamkan empat hotel Tabung Haji tidaklah terus diberhentikan seperti yang difitnah oleh pembangkang,” katanya lagi.

Hotel-hotel yang disebutkan itu akan terus beroperasi di bawah pengurusan SPV milik kerajaan iaitu Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) dan kebanyakan daripada kakitangan ditawarkan untuk terus bekerja dibawah pengurusan baru.

Bakinya ada yang ditawarkan jawatan lain termasuk di Hotel milik TH di lokasi lain, tambahnya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.