Amaran ribut petir di Perak, Sabah, Sarawak sehingga tengah malam
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia
(MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di
Perak, Sabah dan Sarawak, dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka
berlaku sehingga 12 tengah malam hari ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia pada Ahad malam, kawasan yang dijangka terjejas di Perak ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, serta Kuala Kangsar; manakala di Sabah ialah di Pedalaman (Sipitang).
Di Sarawak pula, kawasan yang
terbabit ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei
(Pakan, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit, Bintulu,
Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
-- BERNAMA
Menurut kenyataan MetMalaysia pada Ahad malam, kawasan yang dijangka terjejas di Perak ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, serta Kuala Kangsar; manakala di Sabah ialah di Pedalaman (Sipitang).
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.