Coronavirus ragut 871 nyawa di Hubei
BEIJING: Angka korban coronavirus sudah melepasi 900 di tanah besar
China pada Isnin, mengatasi kematian global akibat epidemik Sindrom
Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2002 hingga 2003, meskipun Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa wabak itu kini kelihatan
stabil.
Dengan 91 lagi mangsa meninggal dunia di Hubei yang menjadi pusat penularan wabak itu, jumlah kematian adalah lebih tinggi berbanding 774 di seluruh dunia akibat SARS.
Data terbaru berkenaan menyusul selepas WHO menyatakan kelihatan ‘beberapa kestabilan’ di Hubei untuk empat hari kebelakangan ini, namun memberi amaran bahawa angka itu masih boleh ‘melonjak’.
Sekurang-kurang 39,800 penduduk di China dijangkiti virus itu yang dipercayai tercetus di Wuhan pada akhir tahun lalu.
Epidemik itu menyebabkan kerajaan melaksanakan langkah kuarantin ketika penduduk meluahkan kemarahan terhadap cara krisis berkenaan ditangani, terutama selepas seorang doktor yang memberi amaran awal mengenai kewujudan virus terbabit turut menjadi mangsa korban.
Kebanyakan penduduk di negara ini masih belum kembali bekerja selepas cuti Tahun Baharu Cina dilanjutkan, manakala pihak berkuasa di bandar termasuk pusat kewangan Shanghai mengarahkan orang ramai untuk memakai topeng ketika berada di kawasan awam.
Ketua Program Kecemasan Kesihatan WHO, Michael Ryan, berkata ‘tempoh stabil’ wabak itu ‘berkemungkinan mencerminkan kesan langkah kawalan yang diambil’.
Satu ‘misi pakar antarabangsa’ WHO sudah berlepas ke China pada Ahad, kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam Twitter. Misi terbabit diketuai seorang veteran kecemasan kesihatan sebelum ini, Bruce Aylward. - AFP

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.