COVID-19: Pesakit ke-13 cerita pengalaman kembali pulih
KUALA LUMPUR: “Pengalaman kali ini membuktikan bahawa hospital
kerajaan mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bertaraf
tinggi. Rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian itu”.
Itulah luahan pesakit ke-13 positif COVID-19 di Malaysia, yang telah didiscaj dari wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah semalam selepas disahkan pulih daripada jangkitan itu.
Menerusi temu bual beliau dengan Kementerian Kesihatan yang diperoleh Bernama, wanita berusia 40 tahun itu berkata sebelum kejadian itu, beliau tidak pernah dimasukkan ke wad hospital kerajaan, dan pernah mempunyai persepsi yang kurang tepat, terhadap perkhidmatan hospital kerajaan.
Menceritakan pengalamannya ketika disahkan dijangkiti COVID-19, adik perempuan kepada kes kesembilan dan kes pertama jangkitan tempatan itu berkata, beliau tidak dapat menerima berita itu dan tidak pernah menjangka COVID-19 akan membabitkan keluarga dan dirinya.
“Saya bimbangkan ahli keluarga terutamanya anak-anak saya, nasib baik semua orang sihat sekarang.
“Saya dikesan membawa jangkitan COVID-19 atas ‘pengesanan kontak’ dan diasingkan daripada ahli keluarga, rakan-rakan lain pada waktu yang awal. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana melindungi rakyat Malaysia, daripada jangkitan COVID-19. Saya menghargai segala usaha yang dilakukan. Terima kasih!,” katanya yang dikesan positif COVID-19 pada 4 Februari lalu.
Katanya, selepas dimaklumkan pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19, beliau sangat gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan ahli keluarga dan kembali ke persekitaran luar, selepas ditahan di wad isolasi selama lebih dua minggu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital itu kerana memberi layanan yang baik, sepanjang menjalani rawatan.
Wanita itu turut menyeru orang ramai supaya bertenang dan saling membantu antara satu sama lain, selain tidak perlu risau untuk mendapatkan pertolongan atau pun bantuan perubatan, jika mempunyai gejala jangkitan.
“(Juga) Elakkan keluar ke tempat ramai orang dan rajin cuci tangan,” katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.