Hormati keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH
KAJANG, 22 Feb — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap
anggota PKR serta pihak lain yang menyokong Pakatan Harapan (PH) supaya
menghormati keputusan mengenai peralihan kuasa yang diputuskan Majlis
Presiden PH malam tadi.
Anwar berkata keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah secara konsensus dengan turut melibatkan keputusan beliau dan PKR.
“Oleh demikian, Parti Keadilan (PKR) secara
keseluruhannya dan rakan-rakan lain harus hormati keputusan tersebut
...saya boleh arah parti (PKR), yang lain itu saya boleh gesa mereka
supaya hormati keputusan kerana tumpuan kita adalah tentang ekonomi dan
kita menghadapi kesan daripada penularan koronavirus (COVID-19).
“Jadi saya merayu dan gesa kawan-kawan hormati keputusan ini dari segi kepimpinan Keadilan saya tidak akan benarkan umpamanya mana-mana serangan ataupun kecaman terhadap keputusan ini,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu pada sidang media selepas Majlis Himpunan Enam Dekad Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dekat sini, hari ini.
Beliau
mengulas dakwaan ada pihak tertentu yang mahu turun ke jalanan bagi
mendesak peralihan kuasa dipercepatkan pada Mei depan.
Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat itu di Putrajaya, berkata peralihan kuasa akan
dilakukan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
namun tiada tarikh ditetapkan untuk beliau menyerahkan jawatan nombor
satu negara kepada penggantinya. — Bernama
Anwar berkata keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah secara konsensus dengan turut melibatkan keputusan beliau dan PKR.
“Jadi saya merayu dan gesa kawan-kawan hormati keputusan ini dari segi kepimpinan Keadilan saya tidak akan benarkan umpamanya mana-mana serangan ataupun kecaman terhadap keputusan ini,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu pada sidang media selepas Majlis Himpunan Enam Dekad Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dekat sini, hari ini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.