https://critoxium.com/shop/

Terkini

Dr Mahathir yakin terima sokongan bentuk kerajaan

KUALA LUMPUR, 29 Feb — Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad yakin mendapat sokongan bagi membentuk kerajaan baharu.

Dr Mahathir dalam satu kenyataan berkata, sokongan yang diterima daripada Pakatan Harapan (PH) akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam waktu terdekat.

“Saya yakin telah mendapat sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan. Perkara ini akan dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir telah bertemu pimpinan PH pada pagi ini di ibu negara.

Beliau pada masa sama menegaskan tidak akan sesekali bekerjasama dengan pemimpin Umno yang terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.