Ezam kembali, beri sebab kenapa sokong Anwar lagi
Menerusi video yang dimuatkan di media sosial, Ezam mengakui menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus menolak pihak yang pernah disokongnya seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan PAS.
“Anwar ini daripada dulu sampai sekarang konsisten. Cara hidup mewah langsung tak ada.
“Mana saya tidak marah, kamu parti Islam. Tetapi kamu pula yang menyokong kleptokrat,” kata Ezam mengumpamakan Najib sebagai kleptokrat dan Dr Mahathir sebagai diktator.
“Inilah satu-satunya parti yang sokong kleptokrat dan sokong diktator dalam masa yang sama,” kata Ezam.
“Masa dia (Dr Mahathir) belum diktator kamu tidak sokong. Masa Dr Mahathir baik dulu, masa tu kita sokonglah,” kata Ezam berseloroh.
Umum mengetahui Ezam antara tonggak penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999 yang kemudian dijenamakan sebagai PKR pada 2004 yang mana penglibatan beliau ketika itu adalah sebagai Ketua Angkatan Muda parti.
Ezam kemudian membuat keputusan meninggalkan parti selepas hampir sedekad berjuang lalu menyertai Umno yang ketika itu dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Mei 2008.
Ezam kemudian membuat keputusan keluar Umno pada Oktober 2016 serta meletak jawatan sebagai pengarah komunikasi di Kementerian Kewangan kerana didakwa tidak bersetuju dengan beberapa isu antaranya 1MDB.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.