Kemelut politik serlah kepentingan institusi awam
Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed
Ketika seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada persoalan siapa calon Perdana Menteri kelapan, krisis politik ini sebenarnya menyediakan ruang begitu luas kepada masyarakat untuk menyedari kepentingan peranan, kedudukan dan tanggungjawab institusi awam di negara ini.
Adalah menarik untuk kita meneliti kedudukan dan peranan tiga institusi awam yang cukup penting, iaitu Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP).
Hakikatnya sama ada pilihan raya, ahli politik mahupun barisan menteri akan terus silih berganti, namun institusi awam kekal melaksana fungsi seperti biasa. Senario semasa ini sepatutnya menjelaskan bahawa institusi awam mengekalkan pendirian apolitical dan berkecuali, selaras prinsip Rukun Negara, sentiasa menjunjung dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Institusi paling tinggi ialah KSN, iaitu ketua kepada semua perkhidmatan di negara ini. Institusi KSN antara badan terpenting dalam sistem pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia diwujudkan pada 1911 ketika pentadbiran British di bawah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Pelantikan KSN dibuat di bawah Perkara 144(3) Perlembagaan Persekutuan yang perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, atas perakuan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan nasihat Perdana Menteri.
Secara khususnya, KSN memainkan tiga peranan utama, iaitu setiausaha kepada Jemaah Menteri atau Kabinet, KPPA dan Ketua Setiausaha kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM). KSN juga memainkan peranan seumpama ‘tembok sempadan’ antara kerajaan selaku penggubal dasar dengan pegawai pentadbir yang melaksanakan dasar negara.
Justeru, KSN sangat penting dalam proses pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Dalam hal ini, satu perkara yang ramai tidak sedar ialah KSN bukan sekadar ketua kepada perkhidmatan awam, sebaliknya bertanggungjawab terhadap semua perkhidmatan lain di negara ini secara total seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Melalui peranan dan tanggungjawab signifikan inilah, KSN bertindak memastikan semua operasi berjalan lancar walaupun dalam tempoh krisis politik seperti ini. Oleh itu, ketiadaan Jemaah Menteri tidak seharusnya menjadi alasan untuk mana-mana perkhidmatan sedia ada menghentikan operasi atau perkhidmatan kerana institusi KSN masih kekal utuh untuk mengawal selia keadaan ketika negara berhadapan krisis seperti sekarang
.
Satu lagi institusi penting ialah KPPA yang secara khususnya mengawal selia segala urusan berkaitan penjawat awam. Ini bermaksud penjawat awam ada ketua tetap yang berfungsi memastikan semua urusan agensi kerajaan berjalan seperti biasa walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh itu, sama ada berlaku perubahan kerajaan atau tidak ada Jemaah Menteri, penjawat awam akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi rakyat dan negara.
Pengagihan kuasa antara penjawat awam dengan ahli politik sangat jelas. Dalam keadaan krisis politik, rakyat tidak perlu risau kerana penjawat awam terus berdiri kukuh sebagai tulang belakang menjaga dan memelihara kepentingan negara, sekali gus membangunkan negara serta mensejahterakan rakyat.
Penulis percaya rakyat bimbang krisis politik akan menjejaskan kedudukan ekonomi dan kewangan negara. Kita tidak boleh menafikannya kerana ia berlaku di luar kawalan semua pihak. Namun, apa pasti, kita ada satu lagi institusi penting menjaga urusan kewangan dan ekonomi negara, iaitu Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Secara prinsipnya, institusi ini bertindak sebagai peneraju strategik keberhasilan kewangan dan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan mampan demi kemakmuran rakyat dan negara. Walaupun tiada Menteri Kewangan atau Menteri Hal Ehwal Ekonomi buat seketika ini, KSP mampu menjaga urusan kewangan dan ekonomi negara.
Justeru, kita tidak perlu terlalu risau memikirkan siapa akan menguruskan hal ini. Percayalah di bawah institusi KSP, kita memiliki pakar yang boleh menggubal dan melaksanakan dasar fiskal dan kewangan.
Ini jelas walaupun tiada Menteri Kewangan, kita masih dapat menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion merangkumi tiga strategi dalam memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan COVID-19 dapat ditangani dengan berkesan.
Tuntasnya, walaupun sedang berhadapan dengan krisis politik yang luar biasa, percayalah rakyat dan negara berada dalam kawalan dan jagaan tiga institusi yang cukup hebat dan efisien.
Apa diperlukan ialah rakyat memberi kepercayaan dan sokongan agar semua institusi awam yang ada ini dapat berfungsi dan menjalankan tugas dengan amanah dan efisien demi kepentingan rakyat dan negara.
Penulis adalah Timbalan Pengarah, Pejabat Strategi Korporat Dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.