Kerajaan perlu teroka pasaran baharu minyak sawit
SHAH ALAM - Kerajaan sewajarnya merangka dan mewujudkan satu
perancangan strategik untuk lima tahun akan datang bagi mengatasi
ketidakstabilan industri minyak sawit.
Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid berkata, walaupun
Pakistan bersetuju untuk meningkatkan import minyak sawit bagi
mengimbangi langkah pembeli utama India yang mengehadkan import dari
Malaysia, perkara tersebut belum menjamin industri minyak sawit negara
masih berada di kedudukan yang kukuh.
"Selain mengekalkan dan meningkatkan nilai eksport ke Pakistan, China dan Turki, kerajaan juga perlu meneroka pasaran baharu ke negara-negara yang berpotensi seperti Arab Saudi, Afrika dan lain-lain negara.
"Ini termasuklah meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam
kepelbagaian produk yang berasaskan makanan dan bukan makanan," katanya.
Merujuk laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Pakistan membeli minyak sawit Malaysia sebanyak 1.08 ribu tan metrik pada tahun 2019 berbanding India yang mengimport minyak sawit Malaysia sebanyak 4.41 juta tan metrik.
Bulan lalu, Pakistan telah meningkatkan import sebanyak 141,500 tan metrik berbanding bulan sebelumnya.
"Saya melihat sedikit sebanyak ia dapat menstabilkan kekurangan tekanan terhadap industri minyak sawit negara ketika ini," katanya.
India sebelum ini dilaporkan mempertimbangkan untuk menyekat import beberapa produk dari Malaysia termasuk minyak sawit selepas Malaysia mengkritik India kerana tindakannya di Kashmir.
"Selain mengekalkan dan meningkatkan nilai eksport ke Pakistan, China dan Turki, kerajaan juga perlu meneroka pasaran baharu ke negara-negara yang berpotensi seperti Arab Saudi, Afrika dan lain-lain negara.
Merujuk laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Pakistan membeli minyak sawit Malaysia sebanyak 1.08 ribu tan metrik pada tahun 2019 berbanding India yang mengimport minyak sawit Malaysia sebanyak 4.41 juta tan metrik.
Bulan lalu, Pakistan telah meningkatkan import sebanyak 141,500 tan metrik berbanding bulan sebelumnya.
"Saya melihat sedikit sebanyak ia dapat menstabilkan kekurangan tekanan terhadap industri minyak sawit negara ketika ini," katanya.
India sebelum ini dilaporkan mempertimbangkan untuk menyekat import beberapa produk dari Malaysia termasuk minyak sawit selepas Malaysia mengkritik India kerana tindakannya di Kashmir.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.