Dr Mahathir Mohamad berkata orang yang terlibat dalam amalan rasuah adalah golongan berkuasa dan kaya.
Kata perdana menteri, mereka terbabit dalam kegiatan itu dengan tujuan untuk terus berkuasa dan lebih kaya.
“Jelas
sekali, mereka yang terlibat dalam rasuah adalah orang yang berkuasa
dan kaya, dan objektif mereka adalah untuk menjadi lebih berkuasa dan
kaya,” katanya.
Mahathir berkata demikian semasa berucap sempena
pelancaran Yayasan Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana di Putrajaya,
malam ini.
Pada
majlis itu beliau menyampaikan anugerah khas yayasan tersebut kepada
bekas timbalan pendakwa raya yang mati dibunuh, Kevin Morais, serta
bekas pegawai agensi antirasuah Indonesia, Novel Baswedan.
Novel
kehilangan sebelah matanya akibat disimbah asid pada suatu subuh ketika
dalam perjalanan ke masjid. Serangan itu dipercayai ada kaitan dengan
kes rasuah yang sedang disiasatnya, membabitkan orang berpengaruh di
Indonesia.
Dana buat pegawai antirasuah
Kata
Mahathir usaha memerangi dan mendedahkan salah laku rasuah memang
sangat berbahaya dan dunia menyaksikan berlakunya kekejaman kesan
daripada usaha tersebut.
“Justeru, tugas memerangi dan mendedahkan
amalan rasuah adalah berbahaya dan kita menyaksikan kadang-kadang orang
yang bertindak begitu perlu membayar harga yang mahal, sehingga
kadang-kadang terpaksa dibayar dengan nyawa sendiri,” jelasnya.
Menjelaskan
hal itu dengan lebih lanjut, Mahathir berkata pihak yang cuba
memberikan rasuah juga mempunyai cara dan sumber yang banyak untuk
menutup Jenayah yang mereka lakukan.
“Mereka mempunyai cara dan sumber untuk menghukum dan menghentikan mereka yang cuba membasmi perangai buruk mereka," katanya.
Dalam
ucapan sama, beliau turut memuji beberapa bekas pegawai kanan kerajaan
yang terbabit mendedahkan skandal 1MDB sehingga menyaksikan BN tumbang
pada pilihan raya umum ke-14 pada 2018.
Terdahulu Mahathir melancarkan Yayasan Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana.
Hadir
sama, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Koordinator Residen Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Malaysia, Singapura dan Brunei
Darussalam, Stefan Priesner, dan wakil Persatuan Antarabangsa
Penguatkuasa Antirasuah (IAACA), Martin Kreutner.
Sementara itu, Mahathir berkata, yayasan antarabangsa itu bertanggungjawab terhadap Dana Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana.
Katanya,
dana berkenaan bukan saja istimewa malah penting berikutan ia bertindak
sebagai sistem sokongan kepada pegawai antirasuah yang menjadi mangsa
atau dihukum ketika bertugas.
Sebanyak RM500,000 disumbangkan kerajaan Malaysia kepada dana berkenaan manakala Yayasan Bukhari menyumbang sebanyak RM2.5 juta
Orang berkuasa dan kaya lakukan rasuah, kata Mahathir
Reviewed by editorreformis
on
Februari 12, 2020
Rating: 5
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
2487924
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.