KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Man Raja Lawak dipilih
menggantikan tempat Allahyarham Abam Bocey untuk membintangi teater
Korupsi Dewan Semandung yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada
hujung bulan ini.
Pengarah teater, Khir Rahman berkata
pemilihan dibuat kerana Man yang juga anggota kumpulan Puteh mempunyai
sesuatu yang boleh diketengahkan, selain bakat dan penampilan fizikalnya
setara dengan arwah Abam.
“Selepas berbincang dengan
penerbit, akhirnya muncul tiga nama. Daripada tiga nama ini, kami
sepakat membuat keputusan untuk memilih Man untuk menggantikan tempat
arwah.
“Saya sudah nampak bakat Man ketika di Maharaja
Lawak Mega lagi. Nyata andaian saya tepat apabila kumpulan Puteh yang
turut dianggotai Ali Puteh dan Mamak berjaya dinobatkan sebagai juara
program berkenaan.
“Saya percaya, apa yang ada pada Man
mampu membawakan karakter ini dengan baik. Cuma, kami kena ubah watak
asal untuk disesuaikan dengan kemampuannya,” katanya
Sementara
itu, penerbit teater berkenaan, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih
mesra disapa Kak Ogy berkata bukan mudah untuk mereka memilih pelakon
pengganti kerana acuan karakter arwah Abam memang dicipta khas untuknya.
“Dalam
usaha mencari pelakon yang sesuai, kami menerima banyak cadangan. Ada
yang memberi usul supaya watak diberikan kepada sahabatnya atau ahli
keluarga.
“Namun, kami tidak melihat dari sudut
semata-mata. Kalau diikutkan saya tak mahu mencari pengganti namun
pandangan pengarah juga harus diambil kira,” katanya pada sidang media
di Istana Budaya, semalam.
Pada majlis itu, pihak produksi
turut memperkenalkan pelakon, Douglas Lim yang akan memegang watak
sebagai tauke dalam teater terbitan itu. Antara barisan pelakon lain
termasuklah Vicha Saywho, Tauke, Mark Adam, Joey Daud, Azrul Chemat,
Tapai dan Chiwan dan pelakon baharu, Hanna Halim.
Teater yang mengangkat genre komedi seram itu akan dipentaskan selama tiga hari bermula 28 Februari ini.-B/H
Man Raja Lawak ganti arwah Abam
Reviewed by editorreformis
on
Februari 15, 2020
Rating: 5
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
2484267
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.