https://critoxium.com/shop/

Terkini

SD hanya khabar angin - Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA: Dakwaan segelintir ahli parlimen menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal hanya khabar angin.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tiada siapa yang datang kepadanya bagi tujuan itu dan hanya mengetahui mengenai hal itu dari laporan berita yang dibacanya.

“Saya baru baca semalam, tiada dalam pengetahuan kami (tandatangan SD), yang saya tahu pada 21 Februari akan diadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan di Yayasan Kepimpinan Perdana. Kami akan bermesyuarat seperti biasa, itu sahaja yang saya tahu.

“Tiada pun (sesiapa tampil untuk minta tandatangan SD), setakat yang saya semak memang tiada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Bersama Industri Mengenai Impak COVID-19, di kementeriannya, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan terhadap ahlinya yang menandatangani SD berkenaan, Saifuddin berkata pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan bagi berita itu.

“Tiada pengesahan, ia masih kekal sebagai satu berita seperti dilaporkan. Buat masa ini tiada siapa pun yang tampil. Setakat yang saya tahu, ia hanyalah satu ‘hearsay’ (khabar angin),” katanya.

Semalam, Sarawak Report memetik sumber mendakwa ahli parlimen dari UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta ahli Parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa untuk ke Kuala Lumpur bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam.

Portal berkenaan turut mendakwa, pengumpulan SD berkenaan sudah dua kali diadakan dengan SD pertama sudah ditandatangani namun belum digunakan.

Pada 9 Februari lalu, Dr Mahathir dilaporkan menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi menambah keputusan muktamad terletak kepada Dewan Rakyat.

Dua hari sebelum itu, Anwar memberitahu Reuters bahawa beliau bersedia menunggu enam bulan lagi untuk menjadi perdana menteri dan menyatakan keyakinannya bahawa dia mendapat sokongan PH.-Sumber BH

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.