Proses mengenal, saling memahami mantapkan Pakatan Harapan
Oleh ZAKARIA MUSA
Proses peralihan kuasa semakin hangat diperdebatkan. Ia bukan lagi berlegar dalam keluarga besar Pakatan Harapan (PH), khususnya di kalangan penyokong-penyokong Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, tetapi pemimpin pembangkang Umno-Pas turut ghairah “menangguk di air keruh”.
Realiti politik Malaysia tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang sengaja diperbesarkan. Sebaik sahaja sesuatu pilihan raya umum berakhir, persiapan untuk menghadapi pilihan raya berikutnya sudah bermula. Kempen politik tidak pernah reda walaupun pilihan raya hanya berlangsung lima tahun sekali. Sudah tentu tumpuan dan agenda kerajaan untuk memulihkan negara sedikit sebanyak terjejas, apatah lagi jika ia turut membabitkan pergeseran dalam parti pemerintah.
Polemik peralihan kuasa perdana menteri bermula lebih awal daripada sepatutnya; belum pun genap setahun kerajaan baharu mengambil alih. Memang tiada jangka waktu spesifik yang diputuskan, tetapi semua maklum Dr Mahathir adalah perdana menteri interim yang akan berundur pada pertengahan penggal. Sama ada selepas dua tahun ataupun lebih sedikit, ia bukan isu besar, tetapi jika ia berganjak sehingga berakhir penggal, itu sudah melanggar janji.
Sebenarnya siri desakan atau tekanan keterlaluan, sehingga sanggup melabelkan ungkapan buruk-jelek kepada Dr Mahathir hanya mengusutkan keadaan. Perdana menteri, bagi kumpulan tertentu yang dilihat rapat dengan Anwar, seperti imej super-negatif beliau semasa memegang jawatan itu 20 tahun dahulu.
Meskipun mungkin Anwar sendiri tiada sebarang kaitan dengan kumpulan-kumpulan pendesak ini, namun ramai berpendapat beliau tidak bersungguh-sungguh menghalangnya. Sudah tentu keadaan menjadi bertambah sulit. Ditambah sikap politik Dr Mahathir yang membuka pelbagai tafsiran umum. Watak ini sememangnya kekal daripada dahulu; membuatkan ramai orang keliru apabila makin banyak tanda-tanya besar timbul.
Naturalnya, setiap aksi mengundang reaksi. Gelagat penyokong Anwar yang mahu tarikh peralihan kuasa dimuktamadkan menimbulkan tindak-balas pendukung Mahathir, terutama mereka yang bakal terjejas apabila perdana menteri berundur. Situasi makin buruk apabila dilihat penyokong atau pendamping dekat Mahathir-Anwar itu masing-masing mempunyai kepentingan tersendiri. Dalam kata lain, sejak dahulu, mereka berseteru dan apabila persefahaman politik dijalin dua tokoh besar itu untuk menjatuhkan regim kleptokratik, penyokong di bawah tetap diselimuti syak wasangka.
Justeru, banyak masa dan sumber berharga dibazirkan untuk “politiking” yang tidak pernah berakhir ini. Sedangkan pemulihan negara yang baru terlepas daripada pelbagai kerosakan mega ini memerlukan komitmen luar biasa. Pihak pembangkang pastinya tidak akan melepaskan peluang terbaik untuk kembali meraih kuasa; memecah-belahkan kesatuan Pakatan Harapan dan memanipulasi rasa tidak puas hati rakyat dengan sentimen perkauman-keagamaan.
Dr Mahathir berulang kali menegaskan akan mematuhi janji melepaskan kuasa kepada Anwar.
Persoalan yang dipertikai hanyalah tarikh yang tepat. Ini bukan isu besar. Beliau membayangkan hujung tahun ini, selepas berakhirnya sidang kemuncak Apec. Sewajarnya pengumuman itu dialu-alukan dan diterima baik. Usah berprasangka lagi. Dr Mahathir adalah pengerusi Pakatan Harapan; air muka dan kehormatanya mesti dijaga.
Sehingga kini tiada nama lain yang dicadangkan sebagai pengganti Dr Mahathir yang sudah berusia 94 tahun itu. Majlis Presiden PH pun tidak pernah mengubah ketetapan Anwar perdana menteri seterusnya. Maknanya, isu peralihan kuasa ini tidaklah begitu sulit untuk dirungkai. Hanya perlukan saling memahami, kompromi dan tolak-ansur. Menjaga wilayah sensitif. Juga tidak buruk sangka berlebihan sehingga mengeruhkan lagi keadaan.
Eksperimen Pakatan Harapan masih begitu muda dan belum matang. Mungkin hubungan di antara “parti-parti reformasi”, iaitu PKR, DAP dan AMANAH sudah teruji, berdasarkan pengalaman dalam Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif dahulu. Tetapi apabila disertai sama “grand coalition” itu dengan Dr Mahathir dan Bersatu, mereka semua sebenarnya masih dalam proses saling memahami dan mengenali. Cabaran lebih sukar apabila terus mendapat kuasa selepas PRU14, hanya sekitar dua tahun selepas bergabung.
Ada pihak cuba menyalahkan DAP sebagai punca masalah dalam Pakatan Harapan. Kononnya DAP tidak memahami aspirasi dan sensitiviti majoriti rakyat Malaysia, yakni orang Melayu. PH adalah gabungan empat parti dan masing-masing mempunyai jati diri dan pendekatan berbeda. Tiada mana-mana parti yang menguasai atau dominan. Pembentukan Kabinet juga atas prinsip “equal partner” tanda kemenangan PRU14 bukan difaktorkan kekuatan parti tertentu tetapi disebabkan kebangkitan rakyat secara menyeluruh.
Mungkin boleh dikatakan DAP menyusahkan Dr Mahathir dan Bersatu. Tetapi ia tidak boleh dikatakan menyusahkan PH kerana DAP dalam PH, takkan DAP menyusahkan diri sendiri. Dr Mahathir pun menyusahkan PKR, DAP dan AMANAH. Dr Mahathir pun ada menyusahkan Bersatu.
Tapi tidak bolehlah dikatakan Dr Mahathir menyusahkan PH.
Segalanya masih baharu dan perlukan kesabaran. Pengalaman membentuk dan mencari persefahaman, dengan kompleksiti politik permuafakatan, menagih stamina panjang. Pentadbiran PH pula tidak sama dengan eksperimen terdahulu. Dr Mahathir sendiri, yang pernah mengemudi kuasa selama 22 tahun, asing dengan cabaran baharu ini.
Apa pun rintangannya, keutuhan PH harus sentiasa terpelihara. Mandat rakyat mesti dijaga. Tidak timbul membentuk kerajaan pintu belakang bersama parti pembangkang. Usah khianati harapan rakyat dan agensa reformasi yang tertangguh. Soal Pas atau Umno — dan mahu melepaskan tengkuk masing-masing — yang kemaruk kuasa merupakan perkara biasa. Setiap peluang tentunya akan dieksploitasi. Biarkan mereka berfantasi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.