https://critoxium.com/shop/

Terkini

Menteri Agama berjiwa kafir: Penceramah bebas minta maaf, tarik balik

Selepas 10 hari diserang kiri dan kanan termasuk laporan polis dibuat ke atasnya, seorang penceramah bebas yang juga ulama Pas, Ibrahim Mohd Raja memohon maaf kepada Menteri Agama, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Dalam satu posting yang dibuat di laman facebook beliau hari ini, bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Batu itu berkata, “saya memohon maaf kepada Menteri Agama atas keterlanjuran kata-kata saya dan menarik balik sepenuhnya kenyataan tersebut.”

Menurut Ibrahim, beliau dengan penuh rasa kesal mengaku telah terkhilaf dan melakukan kesilapan apabila mengeluarkan kenyataan dalam posting saya bertarikh 25.1.2020 yang berbunyi “Menteri Agama, berjiwa kafir”.

Posting menarik balik dan memohon maaf yang dibuat oleh Ibrahim.
Ekoran penyiaran posting tersebut pebagai pihak menyerang Ibrahim dan disifatkan sebagai budaya takfiri atau mengkafirkan lihak lawan yang kini menjadi budaya dalam Pas.

Ekoran itu juga, AMANAH Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 27 Januari lalu.

Naib Pengerusi Amanah WP, Ahmad Zamri Asaad Khuzami, menggesa agar Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap penceramah bebas itu yang dilihat berpotensi menyebarkan ideologi takfiri.

“Ini kenyataan yang perlu dilihat dari segi undang-undang jenayah. Tak ada maksud tersirat sebab secara jelas dia sertakan gambar (Dr Mujahid) dengan kapsyen jahat.

“Laporan dibuat di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan kesalahan di bawah Seksyen 501 dan 505 Kanun Keseksaan, kerana mengeluarkan kenyataan berbaur jahat

“Selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), AMANAH WP juga akan mempertimbangkan untuk membuat saman sivil dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Tindakan menuduh dan selepas itu menarik balik tuduhan itu menjadi perkara biasa dalam isu takfiri. Sebelum ini seorang muslimat Pas telah membuat tuduhan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Namun selepas diancam diambil tindakan undang-undang, beliau telah menarik balik dan memohon maaf.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.