KERJASAMA antara Umno dan PAS atas nama Muafakat Nasional gagal di Terengganu, kata pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri.
Mereka melihat kerjasama Umno dan PAS di Terengganu tidak sama
seperti kerjasama yang serupa di Kelantan, sebuah lagi negeri yang juga
ditadbir oleh parti Islam itu.
Ketua Amanah Kawasan Marang, Miqdad Zakaria berkata antara punca
kegagalan Muafakat Nasional di Terengganu ialah keengganan pimpinan PAS
negeri berkongsi jawatan bersama Umno.
“Bila dah isytihar muafakat ia sudah tentu melibatkan jawatan bersama, maksudnya kesatuan kita (PAS dan Umno).
“Kalau kita saja ada jawatan… menteri besar kita, exco kita… tapi tak
bagi rakan dalam muafakat, kiranya ia cuma retorik dan beri gambaran
muafakat PAS dan Umno sangat gagal,” kata pemimpin akar umbi Amanah itu
kepada The Malaysian Insight dalam satu pertemuan di Kuala Terengganu,
baru-baru ini.
Katanya kegagalan itu jelas kelihatan apabila Barisan Nasional (BN)
masih kekal sebagai pembangkang di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)
tidak seperti di Kelantan.
PAS pernah memerintah di Terengganu semasa Pilihan Raya Umum 1999 sehingga 2004 namun kemudian kalah kepada BN.
Sejarah antara dua parti itu juga menyaksikan penyokong mereka
melemparkan tuduhan kafir dan pelampau antara satu sama lain sehinggakan
di masjid dan surau di Terengganu dibahagikan mengikut garis politik.
Selepas hilang kuasa kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum yang
lalu, Umno memutuskan untuk melupakan sejarah pahit itu dan membuat
pakatan dengan PAS.
Kedua-dua parti pembangkang itu menandatangani pakatan yang dipanggil
Muafakat Nasional pada September lepas. Ia digagaskan sebagai gerakan
politik untuk mengalahkan PH pada pilihan raya umum akan datang.
PAS, Umno tidak lupa perseteruan lama
Miqdad juga berkata PAS dan Umno Terengganu dilihat mempunyai kepincangan dalam parti masing-masing.
PAS Terengganu katanya berpecah kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan
pro Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar, kumpulan pro exco kanan dan
kumpulan yang berada di tengah-tengah.
Katanya, PAS yang berpecah tiga di Terengganu sama seperti Umno yang juga tidak sekata.
“Umno juga ada blok dalaman seperti blok Ahmad Zahid Hamidi yang beri
kesan pada Muafakat Nasional, dan hari ini PAS pula sokong Dr Mahathir
Mohamad.
“Jadi nampak ketidakstabilan dalam Muafakat Nasional mereka.
“Bagi saya dah pecah tunggu belah saja kerana kerjasama ini tidak ada hasil untuk rakyat,” katanya.
Menurut Miqdad, Muafakat Nasional di Terengganu juga gagal kerana faktor perseteruan yang lama antara PAS dan Umno.
Ini ditambah dengan latar belakang politik rakyat Terengganu yang
mempunyai pemikiran sendiri dan boleh berubah secara drastik seperti
yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 2004.
“Dalam isu ini PAS tidak boleh lupa kekejaman Umno dan Umno tidak boleh lupa kekejaman PAS.
“Macam dalam urus tadbir negeri PAS dan Umno masing- masing ada
rahsia. PAS nak kena tutup kepincangan Umno bila dah jadi rakan tak
rasmi. Dengan hutang yang tinggalkan oleh BN.
“Bila PAS ambil alih negeri, masuk-masuk saja dah kena bayar hutang
RM300 juta. Jadi, benda macam ini yang membantutkan pentadbiran PAS dan
Muafakat Nasional,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail mendakwa amat
mustahil Muafakat Nasional antara dua parti itu boleh berjaya di
Terengganu.
Katanya PKR sendiri mempunyai pengalaman dikhianati oleh PAS apabila
melanggar ikrar yang dibuat bersama dalam PRU13 bagi pembahagian kerusi.
“Pada masa itu kita dan berpakat berjanji dan PAS mungkir janji dan menyebabkan berlaku pertindihan tiga penjuru,” katanya.
Azan berkata kesannya Pakatan Rakyat ketika itu kalah tiga kerusi negeri iaitu Seberang Takir, Kota Putera dan Bukit Besi.
Tambah Azan, kerjasama antara dua parti di negeri itu juga dingin
dengan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Umno Ahmad Said.
“Umno Terengganu tidak akan setuju dengan muafakat apatah lagi apabila diketuai Mat Said.
“Ini kerana semasa krisis menteri besar tahun 2015 untuk buat undi
tidak percaya sudah ada perbincangan untuk PAS sokong Mat Said tapi
tidak berlaku pada saat akhir,” katanya.
Muafakat Nasional gagal di Terengganu
Reviewed by editorreformis
on
Februari 15, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
LABUAN, 22 Sept ― Kira-kira 4,000 daripada 32,800 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negara akan menjadi kumpulan pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.