https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pas - Umno , Tiba - Tiba Nak Bubar Parlimen

Pelik tengok kenyataan, sidang media Anuar Musa dan Takiyyudin Hassan SU UMNO dan PAS.. tiba tiba pulak jadi berprinsip nak bubar Parlimen.. minta rakyat buat pilihan..kalau beprinsip..jangan kata tandatangan SD.. hotel Sheraton tu pun korang tak jejak ikut Azmin..

Takkan lah dah berpuluh tahun jadi Kerajaan tak faham Perlembagaan, Undang2.. nak bubar Kerajaan pertama selepas 3 tahun.. keduanya mesti atas nasihat Perdana Menteri.. sejak bila Pembangkang boleh cadang pada YDP Agong untuk bubar Parlimen..

Kalau betul beprinsip.. apakah depa tak tahu kerajaan hari ini rakyat pilih masa PRU 14 atas nama apa ? Pakatan Harapan.. jadi yang ramai ramai pi Hotel Sheraton..berpakat dengan geng Azmin untuk tubuh Kerajaan perikatan Nasional tu mana pergi prinsip masa tu ?

Masa tu kenapa tak kata, Kami tak boleh tubuh kerajaan.. sebab Rakyat memilih Kerajaan atas nama Pakatan Harapan masa PRU 14.. tiba tiba jadi berprinsip kononnya sebab kerajaan ada DAP.. bawa pulak cerita Israiliyat yang pintu dah takda..rumah dah terbakar.. semua benda nak salah DAP..

Hakikatnya bukan sebab rumah dah terbakar.. tak tahu perlembagaan.. Sebab tuan Rumah(Tun Mahathir) dah kunci korang kat dalam.., korang dah terperangkap kat dalam bilik tu.. dengan pak Imam, dengan Penyamun semua.. lepas tu GPS dan warisan tarik sokongan kepada gabungan PAS dan UMNO.. dok kata ada 130 MP sokong.. Semalam siap siar berita konvoi 129 ahli Parlimen bersama Tun ke Istana Negara..

kalau cukup bilangan comfirm korang akan jatuhkan Kerajaan PH malam tu jugak.. bab cerita rumah terbakar ni semua cerita nak cover malu rampasan kuasa gagal...sebenarnya bukan rumah terbakar.. tapi korang rajin sangat dok nyanyi lagu anak kecil main api(Perkauman dan Ashabiyah).. kalau asyik hari hari main api, mahu tak terbakar rumah..dengan diri sendiri rentung..
Ipohmali

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.