Peniaga naikkan harga penutup hidung berdepan tindakan undang-undang
KUCHING, — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga
yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga penutup hidung dan
mulut, yang mengalami peningkatan permintaan berikutan kebimbangan
terhadap penyakit 2019 Novel-Koronavirus.
Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata KPDNHEP juga telah memeriksa dan memantau premis-premis perniagaan yang menjual topeng muka bagi memastikan pengusaha premis terlibat mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan.
“Setakat hari ini, 3,101 premis perniagaan telah
diperiksa yang merangkumi pemeriksaan topeng muka dan 10 siasatan aduan
telah diterima,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KPDNHEP, Jalan
Tun Jugah, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat lima jenis penutup hidung dan mulut yang ditetapkan sebagai barangan harga terkawal dan mana-mana premis perniagaan yang menjual melebihi harga yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Individu
yang gagal mematuhi undang-undang kawalan harga ini boleh didenda
sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya
atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala syarikat boleh didenda
sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000, katanya.
Chong
berkata penutup hidung dan mulut jenis satu lapisan ditetapkan pada
harga runcit RM7 sekotak, jenis dua lapisan (RM10 sekotak atau RM0.20
sen seunit), jenis tiga lapisan (RM25 sekotak atau RM0.80 sen seunit),
jenis tiga lapisan jenis ikatan ke kepala (RM30 sekotak atau RM0.80 sen
seunit) dan jenis N95 (harga borong RM100 sekotak atau RM6.00 seunit).
Beliau berkata pengguna boleh menyalurkan aduan mereka kepada Bilik Gerakan KPDNHEP Sarawak di talian 082-466012 (Kuching), 082-323836 (Sri Aman), 084-657751 (Sarikei), 084-335622 (Sibu), 084- 799678 (Kapit), 085-412862 (Mukah), 086-332176 (Bintulu), 082-412862 (Miri) dan 085- 217414 (Limbang/Lawas).
Di Kota Kinabalu, sebanyak tiga premis di Sabah didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana menaikkan harga tidak munasabah bagi penutup hidung dan mulut susulan langkah berjaga-jaga 2019 Novel Koronavirus.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata tiga premis berkenaan adalah antara 130 premis yang diperiksa sejak 26 Jan lepas sehingga semalam.
“Dua premis melakukan kesalahan kerana menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga maksimum yang diwartakan di bawah Perintah Kawalan Harga (Penetapan Harga Maksimum) (No 2) 2009.
“Premis pertama didapati menjual penutup hidung dan mulut jenis N95 melebihi RM12 seunit sedangkan harga maksimumnya RM6. Sebuah lagi premis didapati menjual penutup jenis tiga lapisan (ikatan di kepala) RM1 seunit sedangkan harga maksimumnya hanya 80 sen,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sebuah lagi premis didapati melakukan kesalahan gagal meletakkan tanda harga.
“Sebanyak 3,250 unit penutup hidung dan mulut bernilai RM2,933 dirampas semasa pemeriksaan ketiga-tiga premis berkenaan dan kes berkenaan kita dalam proses siasatan,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai situasi bekalan penutup hidung dan mulut di sekitar Kota Kinabalu, Georgie berkata hasil daripada pemeriksaan mendapati ketiadaan stok penutup hidung dan mulut kebanyakannya melibatkan permis farmasi di kawasan tumpuan pelancong.
“Sebenarnya banyak lagi penutup itu dijual di kedai lain seperti di Inanam dan kita yakin bekalan sedia ada mencukupi. Orang ramai tidak perlu panik,” tambahnya. — Bernama
Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata KPDNHEP juga telah memeriksa dan memantau premis-premis perniagaan yang menjual topeng muka bagi memastikan pengusaha premis terlibat mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan.
Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat lima jenis penutup hidung dan mulut yang ditetapkan sebagai barangan harga terkawal dan mana-mana premis perniagaan yang menjual melebihi harga yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Beliau berkata pengguna boleh menyalurkan aduan mereka kepada Bilik Gerakan KPDNHEP Sarawak di talian 082-466012 (Kuching), 082-323836 (Sri Aman), 084-657751 (Sarikei), 084-335622 (Sibu), 084- 799678 (Kapit), 085-412862 (Mukah), 086-332176 (Bintulu), 082-412862 (Miri) dan 085- 217414 (Limbang/Lawas).
Di Kota Kinabalu, sebanyak tiga premis di Sabah didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana menaikkan harga tidak munasabah bagi penutup hidung dan mulut susulan langkah berjaga-jaga 2019 Novel Koronavirus.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata tiga premis berkenaan adalah antara 130 premis yang diperiksa sejak 26 Jan lepas sehingga semalam.
“Dua premis melakukan kesalahan kerana menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga maksimum yang diwartakan di bawah Perintah Kawalan Harga (Penetapan Harga Maksimum) (No 2) 2009.
“Premis pertama didapati menjual penutup hidung dan mulut jenis N95 melebihi RM12 seunit sedangkan harga maksimumnya RM6. Sebuah lagi premis didapati menjual penutup jenis tiga lapisan (ikatan di kepala) RM1 seunit sedangkan harga maksimumnya hanya 80 sen,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sebuah lagi premis didapati melakukan kesalahan gagal meletakkan tanda harga.
“Sebanyak 3,250 unit penutup hidung dan mulut bernilai RM2,933 dirampas semasa pemeriksaan ketiga-tiga premis berkenaan dan kes berkenaan kita dalam proses siasatan,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai situasi bekalan penutup hidung dan mulut di sekitar Kota Kinabalu, Georgie berkata hasil daripada pemeriksaan mendapati ketiadaan stok penutup hidung dan mulut kebanyakannya melibatkan permis farmasi di kawasan tumpuan pelancong.
“Sebenarnya banyak lagi penutup itu dijual di kedai lain seperti di Inanam dan kita yakin bekalan sedia ada mencukupi. Orang ramai tidak perlu panik,” tambahnya. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.