https://critoxium.com/shop/

Terkini

Senario yg berlaku terus mengundang banyak persoalan.



Oleh Md Zulaimi

1. Mengapa Azmin dlm keadaan terdesak sungguh2 sdgkan mesyuarat Majlis Pimpinan PH atas cadangan Anwar sendiri menyerahkan bulat2 kpd Tun bg tetapkan bila tarikh peralihan kuasa.

2. Azmin bukan baru dlm politik, kalau perundinganya tidak memberi petunjuk mampu rampas kuasa dia tidak akan lakukan spt yg dia lakukan dua tiga hari ini.

3. Kalau tidak yakin, 10 MP PKR tidak akan umum keluar PKR dan ikut Azmin. 4 menteri terlibat.

4. Why Muhyiddin? Kenapa sejauh itu tindakan TSMY? Ramai yg kata tanpa restu Tun M beliau takkan buat dan umumkan keluar PH.

5. Tiba2 Tun letak jawatan PM dan selang beberapa ketika keluar surat letak jawatab Pengerusi PPBM.

6. Ramai yg kata Azmin dan TSMY buat atas arahan Tun M. Tun M nafikan masa jumpa Anwar, Bang Mat dan Guan Eng.

7. Ada juga yg cerita masa Azmin dtg jumpa Tun, Tun Siti kata kat Azmin..."kenapa buat Tun macam ni?

8. Ada pula seorang MP dr Kelantan yg sdh jd ahli PPBM juga menolak yg mengatakan TSMY jd perancang utama, dia ada bersama TSMY utk tempuh 4 jam.

9. Tiba2 BN dan Pas buat PC mengumumkan mereka tidak terlibat utk tubuh kerajaan dgn PPBM setelah baru Ahad mlm mereka berpelukan dgn Azmin tanda gembira.

10. Parti2 PH terus tenang, tidak kelam kabut sdgkan mereka berdepan dgn risiko jatuhnya kerajaan PH. Ramai yg hilang kerja dan terbantut byk projek utk rakyat.

Saya pun tidak nampak apa kebenaranya, apakah Tun benar2 tidak terlibat dan berpegang pd janji atau Tun sememangnya terlibat dan melanggar janji.

Bagi saya, saya tidak menolak yg berlaku semua ini hasil dr amalan Zikir Hizib Bahr, Selawat Nurul Anwar dan solat hajat munajat yg dibuat tanpa henti setiap minggu bg tempuh labih 5 tahun.

Siapa biasa hadir tahu apa yg kita panjatkan doa dan hari ini mereka yg khianat kpd Anwar, Allah tunjukkan satu persatu dan mereka semakin terhina. Inilah kebenaranya dan inilah jawapanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.