Tulis jawi, makan budu; lumrah kaum Cina di Kelantan
BACHOK, 1 Feb — Orang Cina pandai menulis dan membaca tulisan jawi
dan orang Melayu pandai menulis kaligraf Cina bukan sesuatu yang aneh di
kawasan Gunong di sini kerana proses silang budaya itu telah
mengeratkan hubungan antara dua kaum yang berbeza sejak sekian lama.
Ketua Kaum Cina Gunong, Tan Cheng Soon, 70 yang lebih
dikenali sebagai ‘Pak Lah’ berkata, perpaduan erat antara kaum di Gunong
sudah lama berlangsung, malah masyarakat setempat sudah tidak pelik
apabila dalam kalangan 250 kaum Cina melibatkan 53 keluarga di situ, ada
yang boleh membaca tulisan jawi.
“Saya sendiri dahulu belajar di sekolah Melayu Gunong, jadi secara automatiknya mempelajari tulisan jawi sehingga boleh membaca dan menulis.
“Sekarang orang Melayu pun ramai yang belajar di sekolah Cina dan mahir membaca serta menulis kaligrafi Cina,” katanya.
Beliau
berkata demikian selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020 di
Gunong di sini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (JPNIN), Norwahidah Zinalbidin dan Pengerusi Kawasan
Rukun Tetangga (KRT), Asli Mat Deris.
Sementara itu, Norwahidah berkata keserasian antara kaum Melayu, Cina dan Siam menjadikan Kelantan sebagai negeri contoh dari segi perpaduan.
“Kita sayangkan keunikan di Kelantan, budaya dan gaya hidup antara kaum ini tidak banyak bezanya, orang Cina makan budu sudah biasa, apalagi hal baca dan tulis jawi.
“Pada saya, KRT Gunong jadi contoh penggerak utama untuk sebar cerita perpaduan bagi tatapan luar dan generasi hari ini kerana semua kaum di negeri ini disebut ‘anak Kelantan’ tanpa ada perbezaan,” katanya.
Bagi penduduk Kampung Bukit Hanyut, Tang Poo Chiam, 48, di Kelantan sama ada di bandar mahupun di kampung, kaum Cina pandai membaca dan menulis jawi sudah menjadi biasa.
“Kalau kita pergi ke Kota Bharu dan Jelawat, kita tidak hairan jika melihat orang Cina baca suratkhabar tulisan jawi, begitu juga ramai orang Melayu menghantar anak mereka ke sekolah Cina,” katanya.
Penduduk Kampung Gunong, Lee Khen Bee, 53 berkata pada masa dahulu, ramai masyarakat Cina yang belajar jawi hingga ada yang mendapat A bagi subjek tersebut. — Bernama
“Saya sendiri dahulu belajar di sekolah Melayu Gunong, jadi secara automatiknya mempelajari tulisan jawi sehingga boleh membaca dan menulis.
Sementara itu, Norwahidah berkata keserasian antara kaum Melayu, Cina dan Siam menjadikan Kelantan sebagai negeri contoh dari segi perpaduan.
“Kita sayangkan keunikan di Kelantan, budaya dan gaya hidup antara kaum ini tidak banyak bezanya, orang Cina makan budu sudah biasa, apalagi hal baca dan tulis jawi.
“Pada saya, KRT Gunong jadi contoh penggerak utama untuk sebar cerita perpaduan bagi tatapan luar dan generasi hari ini kerana semua kaum di negeri ini disebut ‘anak Kelantan’ tanpa ada perbezaan,” katanya.
Bagi penduduk Kampung Bukit Hanyut, Tang Poo Chiam, 48, di Kelantan sama ada di bandar mahupun di kampung, kaum Cina pandai membaca dan menulis jawi sudah menjadi biasa.
“Kalau kita pergi ke Kota Bharu dan Jelawat, kita tidak hairan jika melihat orang Cina baca suratkhabar tulisan jawi, begitu juga ramai orang Melayu menghantar anak mereka ke sekolah Cina,” katanya.
Penduduk Kampung Gunong, Lee Khen Bee, 53 berkata pada masa dahulu, ramai masyarakat Cina yang belajar jawi hingga ada yang mendapat A bagi subjek tersebut. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.