Hasrat PAS untuk mengemukakan undi percaya terhadap Perdana Menteri
Dr Mahathir Mohamad di parlimen adalah strategi parti itu yang berbentuk
provokasi, kata penganalisis politik.
Pensyarah Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata hal berkenaan dianggap
begitu jika ia dilihat kepada keadaan politik semasa.
"Dalam
konteks politik, saya tengok ia adalah strategi PAS apabila mereka mahu
membawa usul tersebut ke parlimen dan secara tidak langsung memprovokasi
ahli-ahli parlimen PH.
"Sebab dalam PKR dan DAP wujud kumpulan
mendesak supaya Mahathir menunaikan janji bagi melepaskan jawatannya
pada bulan Mei nanti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Tambah Mazlan, dalam keadaan sekarang sebahagian orang dalam PH percaya Mahathir perlu meletak jawatan Mei ini.
"Apabila
PAS membawa usul berkenaan ke parlimen, ini mungkin mahu memperlihatkan
wujud sikap berbelah bahagi dalam kalangan wakil rakyat PH.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk membawa usul
undi percaya bagi menyokong kepemimpinan Mahathir ke persidangan Dewan
Rakyat pada bulan depan.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan
Man berkata, PAS secara terbuka menyuarakan sokongan kepada kepimpinan
Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga mandat pentadbiran
pimpinan PH tamat pada 2023.
Bagaimanapun untuk rekod, Umno yang
merupakan rakan muafakat PAS mengambil sikap berhati-hati apabila mahu
mendapatkan penjelasan lanjut daripada parti terbabit sebelum membuat
ketetapan.
Mazlan Ali
“Jika
ia merupakan langkah yang baik, maka Umno tidak akan teragak-agak untuk
bersama,” kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.
Terdahulu,
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan setiausaha agung parti
itu, Takiyuddin Hassan, mengumumkan 18 anggota parlimen PAS akan
membawa usul berkenaan dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac depan.
Ia
memandangkan pihak yang sebelum ini “menggembar-gemburkan rasa tidak
puas hati” terhadap kepimpinan perdana menteri tidak membawa usul undi
tidak percaya di parlimen.
Sementara itu Mazlan yang juga
pensyarah kanan Sekolah Perdana UTM berkata, secara praktikal cadangan
PAS itu satu perkara yang tidak masuk akal.
"Sebab ini melibatkan sebuah parti pembangkang nak bawa satu usul percaya terhadap perdana menteri daripada parti lawan.
"Sebenarnya tak nampak jalan (untuk dibahaskan), speaker Dewan Rakyat pastinya tak bagi laluan.
"Secara realitinya takkan speaker akan benarkan, kecuali dia tak 'berlaga angin' dengan perdana menteri," katanya.
Keputusan PH, bukan PAS
Tambah
Mazlan, tindakan PAS itu memperlihatkan sebenarnya mereka cukup takut
jika proses peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Presiden PKR, Anwar
Ibrahim berjalan dengan baik.
"Sekiranya Anwar naik, beliau akan
tambah sinergi sekali gus menukar mood rakyat. Kebiasaannya sekiranya
ada pertukaran perdana menteri, mood rakyat akan bertukar dengan lebih
baik.
"Anwar pasti akan membuat polisi yang akan mengubah mood
rakyat kepada lebih baik. Keadaan ini yang akan merisaukan PAS,"
katanya.
Dr Awang Azman Awang Pawi
Sementara
itu bagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi,
berkata idea PAS untuk mengusulkan undi percaya itu adalah sesuatu yang
aneh.
Katanya, wujud persoalan apakah motif parti itu ketika urusan peralihan kuasa sebenarnya adalah hak kepimpinan PH.
"Ia
sesuatu yang agak aneh. Apa motif PAS sebenarnya? Adakah menyokong
perdana menteri itu adalah matlamat utama mereka sekarang ini?
"Sedangkan
pada PRU14 lalu, merekalah yang mahu mengalahkan Mahathir dan PH.
Keadaan ini menimbulkan persepsi bahawa PAS terlalu takut kepada Anwar,
untuk menggantikan Mahathir.
"Sebab kita tahu Anwar dilihat boleh
menyatukan kepelbagaian perbezaan termasuk dalam kalangan parti-parti
pembangkang," katanya yang juga pensyarah Jabatan Sosiobudaya Universiti
Malaya.
Selain itu katanya, PAS bukan sahaja dilihat agak cemas
dengan tempoh peralihan kuasa yang semakin hampir, tetapi juga mengambil
kesempatan untuk cuba memecah-belahkan PH.
"Dan sebenarnya tidak
timbul parti-parti pembangkang nak bertindak macam mana, kerana Mahathir
menjadi perdana menteri adalah keputusan PH dan rakyat, bukan PAS jadi
penentu," katanya.
Usul percaya PM: Itu tanda PAS takut dan cemas, kata penganalisis
Reviewed by editorreformis
on
Februari 11, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak p...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.