Majlis Presiden PH perlu putuskan isu serah jawatan PM - Pensyarah
Penganalisis politik Prof Dr Mohammad Agus Yusoff berkata
isu peralihan kuasa jawatan perdana menteri perlu dikendalikan dengan
baik di kalangan Majlis Presiden Pakatan Harapan itu sendiri.
Ini katanya, kerana BN dan PAS sedang cuba mengambil kesempatan dalam isu peralihan kuasa demi kepentingan politik mereka.
“Kalau Tun (Dr Mahathir Mohamad) nak lagi (pegang jawatan PM) kena berkompromilah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

“Yang jadi masalah ni adalah empat pihak - pertama ialah penyokong Anwar yang mendesak, penyokong Tun yang nak mempertahankan Tun, penyokong BN yang nak cari peluang, PAS yang cuba juga untuk mengambil peluang dalam keadaan sebegini.
“Dalam soal sebegini kita diperhatikan dunia. Negara kita sangat memerlukan keadaan politik yang stabil untuk menarik pelabur hadir ke negara kita,” kata Agus.
Pada 14 Januari lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya majlis presiden Pakatan Harapan mengkehendakinya.
"Saya fikir ini akan diputuskan oleh empat parti (PH) bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi.
"Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur," katanya.

Ketika wawancara bersama laman The Malaya Post pada
9 Februari pula, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau akan menunaikan
janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR
Anwar Ibrahim, tetapi menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat.
Terbaru, beliau membayangkan ia akan berlaku selepas berakhirnya sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada akhir Nov tahun ini
.
Mahathir macam nak elak serah jawatan
Katanya,
keadaan ini berbeza apabila Dr Wan Azizah Wan Ismail mengotakan
janjinya dengan bersetuju memilih Mahathir sebagai perdana menteri
sebelum PH memenangi PRU14.
“Mahathir jadi PM bukan keputusan pembangkang tapi diangkat oleh PH. Rakyat undi PH adalah sokongan daripada PH dan bukannya PAS atau sekutu selain daripada PH,” katanya yang turut senada dengan Agus mengenai BN dan PAS dalam isu ini.
Menurut pensyarah itu, sekiranya keputusan benar-benar diletakkan pada Dewan Rakyat ia seharusnya mempunyai sokongan majoriti walaupun terdapat beberapa individu dilihat menentang Anwar secara terbuka.
“Kepentingan PH harus mengatasi kepentingan dan masalah individu. Manakala individu yang dilihat tidak bersetuju, sewajarnya memikirkan bahawa kerusi yang mereka duduki itu adalah ehsan dan mandat rakyat yang memberikan kemenangan kepada PH.
“PAS dan sekutu mereka misalnya, tak terlibat dalam memberikan kemenangan kepada PH, sebaliknya cuba memecahkan-belahkan PH agar lebih mudah laluan PAS untuk menang pada pilihan raya akan datang,” kata Awang Azman (gambar, bawah) lagi.

Untuk
rekod, pada masa ini, PKR adalah parti terbesar di Dewan Rakyat dengan
47 anggota parlimen, disusuli dengan DAP (42), Bersatu (26) dan Amanah
(11). Sekutu PH iaitu Warisan memiliki sembilan anggota parlimen.
Mengikut persefahaman dicapai antara pemimpin parti komponen PH menjelang PRU ke-14 hampir dua tahun lalu, Dr Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri bagi menumbangkan Najib Razak.
Mahathir kemudian dikatakan bakal berundur untuk memberi ruang kepada Anwar - yang sebelum itu menjadi calon perdana menteri bagi PKR, DAP dan Amanah.
Penubuhan
Bersatu dan penyertaan parti itu ke dalam PH menyaksikan pembangkang
ketika itu - Pakatan Rakyat - menukar strategi dengan menawarkan
kepimpinan Mahathir yang sebelum ini pernah menjadi perdana menteri
selepas lebih 20 tahun.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.