Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan meluahkan rasa kesal terhadap
tahap permainan politik (politicking) yang menjadi-jadi di negara ini.
"Kebelakangan
ini Malaysia menyaksikan terlalu banyak 'politicking’. Sehingga kita
seperti terlupa bahawa negara ini berhadapan dengan pelbagai cabaran
yang genting.
"Malaysia yang sebenarnya memerlukan ‘the confidence vote’ (undi percaya).
“Jika
Malaysia gagal dalam menangani krisis keyakinan terhadap kemampuannya,
Malaysia akan terus menjadi negara membangun yang biasa-biasa," katanya
dalam satu kenyataan.
Kenyataan
itu dibuat susulan PAS yang menyatakan rancangan untuk membawa usul
undi percaya bagi menyokong kepemimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir
Mohamad apabila Dewan Rakyat bersidang minggu hadapan.
Mohamad bukanlah pemimpin Umno pertama memberikan pandangan yang dilihat tidak berapa menyokong rancangan PAS itu.
Sabtu
lalu, ketika mengulas cadangan undi percaya oleh PAS itu, Setiausaha
Agung Umno Annuar Musa berkata, partinya tidak perlu 'busybody'
(menyibuk) dengan masalah Pakatan Harapan (PH).
Pelan radikal
Cadangan
PAS ditimbulkan ketika spekulasi bahawa wujudnya usaha untuk mewujudkan
pakatan baru yang hanya terdiri daripada penyokong dan pemimpin Melayu
dan bumiputera, yang dikatakan turut membabitkan beberapa parti dalam
PH.
Pakatan baru itu diura-urakan sebagai Pakatan Nasional.
Mengulas
cadangan penubuhan Pakatan Nasional, Dr Mahathir, meskipun berterima
kasih kepada PAS atas sokongannya, namun secara sinis berkata beliau
kini "sudah (pun) menjadi perdana menteri".
Dalam kenyataannya,
Mohamad mengingatkan bahawa Malaysia memerlukan pelan radikal untuk
menangani kemampanan ekonomi, lebih-lebih lagi dengan menularnya wabak
koronavirus.
Ini,
katanya akan memberi kesan "sangat besar" serta melembapkan ekonomi
dunia pada "skala yang tidak pernah terjangka" sebelum ini.
"Pertumbuhan
ekonomi kita akan perlahan dan pelbagai sektor akan menghadapi tekanan
terutama sekali sektor pelancongan dan perkhidmatan," katanya.
Beliau
turut membangkitkan kekeruhan hubungan Malaysia dengan India kerana
pendirian Mahathir dalam isu Kashmir, selain menyatakan Pakistan - yang
berjanji membantu Malaysia dalam produk sawit- tidak boleh menjadi
galang ganti (substitute) India sebagai rakan dagang negara.
Dua krisis besar
Katanya,
harga minyak global juga akan kekal rendah, selain pelabur akan
mengambil sikap "sangat berhati-hati" kerana kurangnya keyakinan
terhadap kestabilan politik Malaysia dalam jangka masa sederhana dan
panjang.
Malah, katanya juga, setakat ini, Dasar Kemakmuran
Bersama belum menampakkan pelaksanaan dengan agenda yang praktikal dan
merangsang pertumbuhan.
"Malaysia
sebenarnya berhadapan dengan dua krisis besar. Pertama, kita seperti
tiada plan ekonomi yang kalis krisis (crisis proof). Kedua, kita tiada
pasukan ekonomi yang benar-benar punya wibawa untuk merangsang
ekonominya.
"[...] Berhentilah politiking. Malaysia memerlukan
penyelesaian pelbagai masalahnya. Dan ia ada pada kita semua, bukan
hanya pada sebahagian dari kita," katanya lagi.
Terlalu banyak ‘politiking’ Malaysia perlu ‘confidence vote’ - Mat Hassan
Reviewed by editorreformis
on
Februari 11, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak p...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.