https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerajaan PP nafi pemimpin, DAP ada kaitan dengan 'raja dadah'

Kerajaan Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya penglibatan pemimpin negeri itu dan DAP dengan individu yang dikaitkan dengan sindiket dadah.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Teh Lai Heng, berkata pada 14 Sept tahun lalu, kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, di majlis perasmian sebuah syarikat yang berjaya menghasilkan produk mesra alam yang selari dengan "falsafah hijau" kerajaan negeri.
Katanya, kehadiran tersebut adalah atas jemputan syarikat berkenaan.

"Produk itu diasaskan daripada sisa kelapa untuk melindungi ekologi negeri ini," kata Adun Komtar itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tak berasas bahawa pemimpin Pulau Pinang ada hubungan dengan salah seorang daripada lapan individu yang berdepan dakwaan kes dadah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30 Jan," kata Teh.

Teh merujuk laporan di media sosial yang mempersoalkan sama ada DAP terlibat dengan kegiatan dadah.

Laporan itu dimuat naik di Facebook dan turut tersebar menerusi aplikasi Telegram.

Pada 28 Jan lalu, polis menahan lapan lelaki dan merampas aset dan hartanah bernilai RM366 juta yang dikaitkan dengan sindiket dadah, dalam satu operasi dinamakan "Ops Eagle Diamond" di Butterworth, Pulau Pinang.

Menurut polis, kelapan-lapan mereka akan disiasat bawah Seksyen 3 dan 4, Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Difahamkan, suspek kes dadah itu merupakan individu yang mengawal kepentingan terbesar dalam syarikat berkenaan sejak 1 Nov tahun lalu.

"Pada 1 November 2019, individu berkenaan dilantik sebagai pengarah syarikat itu yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

"Itu satu setengah bulan selepas majlis syarikat itu berlangsung, yang dihadiri Chow dan dua lagi pemimpin yang lain.

"Untuk menghubungkaitkan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kegiatan imdividu berkenaan adalah fitnah yang mengandungi niat jahat," kata Teh lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.