PETALING JAYA: Bekas hakim, Gopal Sri Ram berkata, cadangan PAS
mengemukakan usul undi percaya untuk menyokong Perdana Menteri, Dr
Mahathir Mohamad di Parlimen tidak akan membawa sekarang kesan, tidak
kira apa hasilnya.
Beliau berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,
Peraturan Mesyuarat Parlimen atau melalui persidangan untuk undi percaya
dibawa ke Dewan Rakyat.
“Terpulang kepada speaker Dewan Rakyat sama ada mahu membenarkan
penyelesaian sedemikian,” katanya mengulas hasrat PAS membentangkan usul
itu pada bulan depan untuk menyokong kepimpinan Mahathir.
Sabtu lalu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan
berkata, usul itu bertujuan menjamin kestabilan politik dan ekonomi
negara.
“Kita melihat ada keperluan pada masa ini untuk perdana menteri
meneruskan kepimpinannya sehingga tamat penggal kerana kemelut tak
sudah-sudah yang berlaku mengganggu kestabilan politik dan ekonomi,”
katanya.
Sri Ram berkata, walaupun berjaya, usul itu tidak akan memberi
sebarang impak dan jika gagal, ia tidak sama dengan usul tidak percaya
terhadap Mahathir.
“Ia tidak bermakna Dewan Rakyat tidak yakin pada perdana menteri.”
Persetujuan Pakatan Harapan untuk Anwar Ibrahim menggantikan Mahathir
ialah urusan persendirian dan tiada kaitan dengan Parlimen.
Undi percaya adalah tidak normal dan tidak pernah berlaku dalam sistem Parlimen Westminster.
Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim menerusi catatan Facebook
berkata, ada kumpulan yang percaya sebuah parti pembangkang boleh
membentangkan usul undi percaya untuk memastikan Mahathir kekal di
jawatannya.
Tetapi, “proagandis lain” menegaskan Anwar perlu mendapatkan sokongan Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.
Beliau bersetuju usul undi percaya tidak pernah berlaku di negara
lain dan Dewan Rakyat ialah badan perundangan yang dipertanggungjawabkan
untuk meluluskan undang-undang diperlukan negara.
Katanya, terpulang kepada parti pemerintah untuk menentukan isu siapa yang menjadi perdana menteri.
“Jika pilihan perdana menteri bukan pilihan popular, maka seseorang
boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap PM dan kerajaannya,”
katanya sambil menambah jika usul itu berjaya, Parlimen boleh dibubarkan
dan mengadakan pilihan raya umum.
Zaid berkata, adalah bodoh dan tidak wajar untuk sesiapa pun berfikir
Anwar tidak akan mendapat sokongan Dewan Rakyat apabila beliau menjadi
perdana menteri.
Peguam Bastian Pius Vendargon berkata, undi percaya untuk perdana
menteri dibentangkan Barisan Nasional pada awal 1976 apabila Hussein Onn
menjadi perdana menteri, susulan kematian Abdul Razak Hussein.
“Tindakan luar biasa itu masuk akal untuk kerajaan menunjukkan kepada
rakyat yang Hussein mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen untuk
menggantikan Razak.”
Bagaimanapun, usul yang dicadangkan PAS lebih kepada tindakan politik berbanding undang-undang dan konvensyen.
Usul undi percaya pada Mahathir tiada makna, kata bekas hakim
Reviewed by editorreformis
on
Februari 11, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak p...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.